Select Page

Sejak pandemik COVID19 melanda dunia dan Malaysia khususnya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan wabak penyakit tersebut antaranya dengan pelaksanaan beberapa peringkat fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan kesihatan awam mulai 18 Mac 2020 sehingga kini.

Berikut adalah beberapa istilah dan maksud untuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu difahami iaitu :

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tiada pergerakan dibenarkan sama sekali kecuali yang diberikan pelepasan seperti Frontliners. Dilaksanakan secara menyeluruh sekiranya kes meningkat dengan mendadak dan penularan kes bertaburan dalam komuniti dengan meluas.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Kawalan pergerakan sepenuhnya di satu-satu zon / kawasan. Tiada pergerakan dibenarkan dan dilaksanakan jika penularan kes naik mendadak dan secara berselerak di dalam komuniti setempat.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB)

Kawalan pergerakan penuh di kawasan setempat terpilih yang terbabit kes Covid-19 seperti di kampung, asrama, dan perumahan dalam radius yang kecil. Sama seperti PKPD, cuma kawasan penguatkuasaan lebih kecil.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Kawalan pergerakan yang lebih longgar daripada PKPD dan PKP dengan mengehadkan perhimpunan di majlis, acara atau aktiviti sosial, manakala sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Masa operasi perniagaan juga dihadkan dan ada campur tangan pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya, dan pemantauan premis ke premis.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Tiada lagi kawalan ketat pihak berkuasa seperti sekatan jalan raya.

Namun, orang ramai disarankan mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai dan kerap mencuci tangan.


Walau bagaimanapun, syarat atau perintah PKP di atas, boleh berubah-ubah bergantung kepada situasi semasa atau tekanan politik. Oleh itu, pembaca disarankan merujuk maklumat atau infografik terkini dari pihak Majlis Keselamatan Malaysia.

Sumber rujukan : https://drafiqrahim.com/beza-antara-pkp-pkpd-pkpdb-pkpb-dan-pkpp/ dan MKN