Select Page

Pengurusan CSNano telah mengadakan Majlis Penghargaan untuk Pelajar Praktikal dan Jamuan Potluck pada 8 Oktober 2020 bertempat di Pejabat Pengurusan CSNano, aras 4, T02, UTM Johor Bahru mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerana pandemik COVID19.

Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar praktikal CSNano yang telah berjaya menamatkan latihan industri selama 12 minggu mulai 19 Julai 2020 hingga 8 Oktober 2020. 

Sehubungan dengan itu, seluruh staf dan pengurusan CSNano ingin merakamkan penghargaan dan ucapan  terima kasih kepada dua pelajar praktikal iaitu Nur Aqilah Faiqah binti Hazahar dan Suziana binti Badir Noon Zaman yang banyak membantu terutamanya dalam pengurusan makmal sepanjang tempoh menjalankan latihan industri di CSNano.

Pengurusan CSNano juga mendoakan supaya pelajar praktikal ini semakin berjaya pada masa hadapan dan semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang menjalani latihan industri di CSNano menjadi bekalan ilmu di kemudian hari.