Select Page

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Merujuk kepada perkara di atas, pihak pengurusan Institut Penyelidikan Saintifik dan Industri Ibnu Sina (ISI-SIR) telah mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk menutup mail server @ibnusina.utm.my  berkuatkuasa 1/1/2021 bagi menyokong sepenuhnya saranan pihak Pengurusan UTM bagi menggunakan @utm.my.

Polisi dan peraturan email UTM dirujuk : https://digital.utm.my/wp-content/uploads/2020/05/Polisi-Dan-Peraturan-Email-Rasmi-UTM.pdf.

Oleh yang demikian, SEMUA pengguna emel @ibnusina.utm.my disarankan membuat backup dan bertukar sepenuhnya kepada penggunaan emel @utm.my.

Tempoh membuat backup yang diberikan adalah dari 16/12/2020-31/12/2020.

Bermula 1/1/2021 tiada lagi mail server @ibnusina.utm.my.

Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Ibnu Sina Institute for Scientific and Industrial Research (ISI-SIR)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Johor Bahru, Malaysia