BERKUAT KUASA MULAI 13 JANUARI 2021 HINGGA 26 JANUARI 2021
Merujuk kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Johor, Sabah dan Melaka untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari 2021 (Rabu) hingga 26 Januari 2021 (Selasa).
2. Sepanjang tempoh tersebut, staf perlu bekerja dari rumah (BDR) dan membuat permohonan melalui aplikasi UTMSMart atau Portal MyUTM menu Staff Movement seterusnya merekodkan kehadiran bekerja melalui aplikasi UTMSmart (Check-In/Out GPS) mengikut waktu bekerja berperingkat.
3. Walau bagaimanapun, perkhidmatan Pusat Tanggungjawab dibenarkan beroperasi dengan kehadiran sehingga 30% bagi kumpulan pengurusan dan kumpulan sokongan melalui sistem penggiliran (Nisbah 1:2). Staf akademik adalah tidak tertakluk dalam kategori ini dan mereka dikehendaki bekerja dari rumah kecuali mereka yang mempunyai masalah internet sehingga 31 Mac 2021. Walau bagaimanapun, staf di bawah Perkhidmatan Perlu yang disenaraikan perlu hadir bertugas seperti biasa mengikut arahan Ketua Jabatan. Semua kemasukan ke kampus perlu membuat permohonan melalui aplikasi UTMSMart atau Portal MyUTM menu Staff Movement.
4. Bagi memastikan operasi Pusat Tanggungjawab tidak terjejas, Universiti menyediakan panduan aktiviti dan pergerakan ke kampus seperti berikut:
5. Arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah berkuat kuasa mulai 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 atau sehingga pihak Kerajaan mengeluarkan arahan terbaharu mengenai isu ini. Ketua Jabatan perlu memastikan jumlah pekerja yang hadir mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan. Warga Universiti adalah diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di Universiti.
Sekian, terima kasih.
Department of Registrar,
Sultan Ibrahim Chancellery Building,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Recent Comments