Select Page

PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 7/2021

PENGGUNAAN FRASA “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
DALAM PENYEDIAAN SURAT RASMI
 
Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti secara edaran pada 27 Januari 2021 telah meluluskan penggunaan frasa “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” dalam penyediaan surat rasmi Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.BPP(S)193/6/84 Jld. 4 (4) bertarikh 26 Januari 2021.
 
2.     Selaras dengan Proklamasi Darurat yang dibuat pada 12 Januari 2021 yang lalu, Kerajaan bersetuju supaya satu frasa baharu iaitu “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19” ditambah sebelum frasa “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” dalam semua surat rasmi.
 
3.     Ia juga sejajar dengan hasrat Kerajaan agar semua warga Universiti menghayati dan memberi komitmen sepenuhnya kepada langkah-langkah yang diambil dalam menangani pandemik COVID-19.
 
4.     Bersama-sama ini disertakan panduan bagi penulisan frasa tersebut sebagaimana di lampiran. Frasa ini juga akan diguna pakai selagi mana Proklamasi Darurat masih berkuat kuasa.
 

Sila layari http://registrar.utm.my/circular/ atau klik pada pautan link dibawah untuk mendapatkan pekeliling berkaitan.
 
Sekian, terima kasih.

 

____________________________________________________

Department of Registrar,
Sultan Ibrahim Chancellery Building,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia

Office:07-5533333  I  Fax: 07-5561722  I  Websitehttp://registrar.utm.my/