Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
PEMAKLUMAN PELANJUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Berikutan pengumuman pelanjutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh (7) negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) sehingga 4 Februari 2021 seperti pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 21 Januari 2021 yang lalu, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2021 masih terpakai sehingga tarikh yang akan dimaklumkan selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh MKN.
Sehubungan itu, semua staf dipohon agar terus mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh MKN dari semasa ke semasa. Ketua Jabatan diminta terus memantau kehadiran staf ke pejabat adalah mengikut peratusan yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 30 % dan mengambilkira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan. Pastikan staf yang MEMPUNYAI KONTAK RAPAT SAMADA BERGEJALA ATAU TIDAK BERGEJALA adalah tidak dibenarkan hadir ke pejabat bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di dalam Universiti dapat dielakkan.
Pihak Universiti memandang serius terhadap jangkitan wabak ini di dalam kampus. Ketua Jabatan boleh diambil tindakan sekiranya didapati melanggar SOP yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
“Yang Menjalankan Amanah”
Human Resource Division/ Bahagian Sumber Manusia
Registrar Department/ Jabatan Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, Malaysia
TEL : 07-5530423
FAX : 07-5561722
Site: http://registrar.utm.my
Recent Comments