Select Page
Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera

Y.Bhg Dato/ Datuk/ Datin/ Prof/ Dr/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah menyediakan sistem Job On Campus (JOC) dalam portal MyUTM/UTMACAD yang bertujuan untuk membolehkan PTJ menawarkan peluang perkejaan sambilan di dalam kampus kepada pelajar UTM.

2.      Universiti telah meluluskan peruntukan khas di bawah penyelarasan Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) bagi pelaksanaan JOC oleh PTJ. Sehubungan itu, UTMCC bertanggungjawab kepada pembayaran elaun pelajar bagi tujuan ini. Tarikh pelantikan JOC ini antara 17-31 Disember 2020.  

 
3.      Terdapat syarat – syarat penawaran JOC yang perlu dipatuhi seperti butiran di bawah:-

               i.       Skop kerja yang boleh ditawarkan ialah skop kerja pentadbiran, teknikal, sosial dan pendidikan.

              ii.       Penawaran berasaskan jam bekerja sahaja.

             iii.       Tempoh pelantikan adalah antara 1-3 bulan.

             iv.       Terbuka kepada semua pelajar aktif dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tempatan.

4.     Justeru itu, UTMCC menggalakkan semua PTJ mengemukakan permohonan penawaran JOC melalui UTMACAD/JOC sebelum atau pada 22 Disember 2020. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi En. Mohd. Sofri bin Ibrahim, di talian 07-553 2729 atau emel : sofri@utm.my.

5.      Sila klik Info dan Manual Penawaran JOC untuk rujukan dan makluman.

Segala kerjasama yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima kasih.

UTM Career Centre
L51 Universiti Teknologi Malaysia, 
81310 Johor Bahru, Johor.

CARTA ALIR

 1.   Permohonan Penawaran JOC
(16-22 Disember 2020)

2.  Pelantikan Calon JOC
(23-31 Disember 2020)