Assalamualaikum and Hai !
28 November 2018 merupakan tarikh keramat yang akan selalu diingati iaitu tarikh di mana aku mula melaporkan diri sebagai staf di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru. Aku telah ditempatkan di bawah Fakulti Sains di bahagian Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano) sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat kepada Pengarah CSNano.
Pada awalnya aku ada nampak iklan jawatan kosong UTM. Aku pun cuba la nasib untuk yang kesekian kali bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat. Sebelumni ada pernah cuba mohon tetapi lupa nak tekan “submit”. Oh ya, sekarang setiap perjawatan dikenakan bayaran RM20.00 dan permohonan hanya melalui atas talian sahaja ya tuan-tuan dan puan-puan.
Dulu pernah berangan untuk masuk ke UTM, walaupun bukan sebagai pelajar, sebagai staf pun jadiklah. Lagipun jarak rumah dan UTM sangat dekat serta memudahkan urusan aku nak pergi dan balik kerja. Kalau sebelumni, setiap hari Ahad-Kamis aku akan menghadap “jammed” pagi dan petang kerana laluan Jalan Skudai-Larkin memang laluan utama pengguna jalan raya.
Ok back to the story, tak lama kemudian aku terima notification melalui emel untuk menjalani sesi ujian menaip/trengkas (depa panggil tulisan cacing) pada 10 Oktober 2018. Aku rasa ini peluang baik dan aku pun pergi jelah ujian tu yang diadakan di Pusat Latihan UTM (sekarang dikenali sebagai UTM Talent Transformation Centre). Sebenarnya aku tiada asas dalam trengkas tapi Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.
Pada 14 Oktober 2018, aku dapat notification emel seterusnya untuk sesi panggilan temu duga di UTM Johor Bahru pada 17 Oktober 2018 jam 8.00 pagi. Fuhhh bahagianya rasa macam “one step closer”. Segala persiapan dibuat secara rapi dari segi pemfailan dokumen sokongan yang lengkap dan pemilihan pakaian yang kemas untuk dipakai semasa hari temu duga.
Tiba hari temu duga, perasaan gemuruh dan takut semua ada tetapi kita mesti kekal tenang dan fokus. Pelbagai soalan dan pertanyaan yang diajukan lebih menjurus mengenai pengalaman bekerja dan kebolehan yang kita ada berdasarkan jawatan yang dipohon. Betul ke salah jawapan yang diberikan aku redha dan tawakal aje la janji aku dah usaha dan buat yang terbaik.
Siapa sangka, pada 4 November 2018 aku terima emel yang menyatakan aku mendapat tawaran jawatan di UTM Johor Bahru. Masa terima emel tu, tangan terus mengigil dan mulut tak henti ucap syukur. Terus telefon mak ayah, depa punya la happy.
Diam tak diam, setahun juga aku telah berkhidmat di UTM Johor Bahru ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan pekerjaanku ini. Aaminnn
Recent Comments