Select Page

Assalamualaikum and Hai !

Semua orang ada pengalaman dan laluan kerjaya masing-masing. Begitu juga dengan aku. 

Allah permudahkan aku untuk mendapat pekerjaan di Zul Azam & Co sebagai Pembantu Peguam. Zul Azam & Co. mempunyai 2 buah cawangan iaitu di Larkin Perdana, Johor Bahru dan Seberang Perai Utara, Pulai Pinang (Partner : Cik Fadzilah). 

Job Scope aku adalah berkaitan syariah dari segi pengurusan jadual kerja peguam syariah, pengurusan dokumen, pemfailan dan pendaftaran kes di Mahkamah Syariah di samping kerja-kerja pengurusan pentadbiran pejabat. Di samping itu, aku dapat juga belajar mengenai Conveyancing [ What does the word conveyancing mean? : the act or business of drawing deeds, leases, or other writings for transferring the title to property]. Walau pun aku bukanlah competent person untuk bercakap pasal conveyancing, at least ada juga ilmu yang aku dapat cedok sepanjang bekerja di sini. Maklumlah dulu study bidang Syariah, bila ada ilmu baru tu rugi kalau tak grab.

Aku berkhidmat di Zul Azam & Co. (Johor Bahru) dari Julai 2014 – Nov 2018. Dalam tempoh 4 tahun, banyak sangat memori dan kenangan yang dicipta bersama dan sangat terkesan dalam diri aku. Banyak ilmu dan pengalaman yang amat berharga aku terima. Kerjaya sebagai Pembantu Peguam ini juga sedikit sebanyak membantu aku untuk kerjaya aku sekarang sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat di UTM Johor Bahru. 

Terima kasih En. Azam, En.Marzani, Pn. Siti Rabi’aah, Pn. Atiqah, En. Aziz, En. Zainal Abidin dan Cik Fadzilah (Zul Azam & Co Penang) atas segala jasa baik sepanjang saya bekerja di sana. Memang tak kan saya lupakan sampai bila-bila.

 

Kenangan – Last Farewell. Terima kasih semua ❤