Buku Projek Bibliofil ditulis oleh Zahrah Yunos.

Paperback : 122 pages
Published 2018 by Zahrah Binti Md Yunos
ISBN : 9789671588703
Edition Language : Malay
 
 

Bacaan yang amat sesuai untuk mereka yang baru mula untuk memupuk sikap suka membaca, mereka yang ada reader’s block. Menerusi buku ini juga, beliau berkongsi tips memilih bahan bacaan dan lain-lain tips yang bermanfaat bagi pembaca.

Pengunaan ayat yang lebih santai dan ringan dapat menarik minat pembaca.  Sesungguhnya, buku ini amat memang sesuai untuk semua peringkat umur.  Bermula dengan Bab 1: Kenapa Membaca? sehingga Bab 10: Perjalanan Bermula, buku ini merupakan sebuah bacaan yang disertakan kuiz dan tugasan untuk dilengkapkan sesuai dengan tajuknya iaitu Projek Bibliofil.

Selain itu, seperkara yang menarik dalam buku adalah biblioterapi iaitu terapi menggunakan buku. Nak tahu lebih lanjut mengenainya? Bacalah buku ini!