Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam satu Perutusan Khas yang berlangsung pada jam 3 petang pada 10 oktober lalu.
Pengumuman itu menamatkan teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang menjadi topik dan isu hangat sepanjang tempoh minggu lalu ketika Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ia juga menandakan hari pengundian semakin hampir untuk rakyat menentukan siapa yang bakal mentadbir negara dalam tempoh lima tahun akan datang.