Misi 2019 Gagal

Assalammualaikum !

Ya Allah ..

Tahu-tahu dah masuk tahun 2020 (sambil tengok luar tingkap, mengharap ada kereta terbang – ok boring – hahaha)

Misi tahun 2019 nak kembali menulis gagal teruk, ke laut dalam nampaknya. Lepas 1 entry (awal Jan 2019), terus menghilang. Tak sempat nak menulis.

Ok, mainly sebab takde idea nak tulis apa. Ditambah lagi dengan kerja hakiki yang menuntut perhatian yang lebih. Masa senggang yang ada lebih banyak dihabiskan dengan berpeleseran di laman-laman kedai maya hikhik. Langsung tak teringat nak menulis.

Tahun ni taknak dah letak azam nak menulis. Hanya akan menulis bila ada idea dan ada mood. Ya, ada mood. Kalau takde mood, satu apa pun tak jadi.

Aku jenis takde azam. Kalau ada pun, hah nanti jadi macam azam nak menulis ni lah .. entah ke mana-mana saja dia menghilang.

Tahun ni diteruskan dengan pelbagai plan travel. Jangan terperanjat kalau aku cakap untuk tahun 2021 pun aku dah ada travelling plan. Destinasi yang satu ni memang aku nanti-nantikan sejak lama dulu. Doakan misi aku berjaya.

Selain tu, aku plan nak sambung degree on September 2020. Still pilih UiTM (dihatiku) Shah Alam. Saja nak jalan-jalan hujung minggu. Doakan juga untuk ini ye.

Lain-lain, aku jalani saja kehidupan seadanya. Ikut saja pasang surut, turun naik kehidupan.

So, that’s it for today. Please please please doakan akan ada next entry ok!

Chiao!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello 2019

Hello 2019!

Ok.

Belum lambat lagi kan untuk wish Happy New Year.

Apa azam tahun baru korang?

Aku?

Takde azam.

Tapi ada angan-angan. Salah satunya nak kembali menulis. Dulu pernah ada blog tapi aku dah delete sebab banyak mengarut.

This time around, nak menulis sesuatu yang boleh beri manfaat pada diri sendiri dan orang lain.

So, this post is the baby step. Doakan aku istiqamah ye.

That’s it for now.

Tada.

Posted in Uncategorized | 1 Comment