20 Mac 2025 – Terima kasih diucapkan kepada Malaysian Petroleum Resources Corporation (MPRC) atas jemputan ke Majlis Peluncuran Kajian Separuh Penggal Pelan Tindakan Industri OGSE Kebangsaan yang berlangsung dengan jayanya.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi Malaysia. Peluncuran ini menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh ekosistem industri Oil & Gas Services and Equipment (OGSE) negara, selaras dengan aspirasi pertumbuhan ekonomi berdaya saing dan mampan.

Kajian ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada penilaian kemajuan semasa, tetapi juga memperkenalkan strategi penyesuaian dan hala tuju baharu untuk memperkukuh daya tahan industri dalam menghadapi cabaran global.

Sekali lagi, terima kasih kepada MPRC atas peluang untuk menyertai majlis yang bermakna ini. Semoga kerjasama dan sokongan terhadap pembangunan industri OGSE terus diperkasa!