ORKID DAN CARA CARA MENANAM ORKID

Ini lah jenis jenis orkid yang saya bela…Orkid yang paling digemari..orkid polkadot diberi nama…

MOTH /BUTTERFLY ORCHIDS
Moth orchid atau pun Phalaenopsis orchids adalah merupakan jenis orkid yang paling biasa kita lihat di pasaran. Batang bunga yang panjang dibandingkan dengan saiz daunnya yang pendek di dalam pasu itu akan teranyun-ayun ditiup angin dan bunganya yang cantik kelihatan seperti seekor rama-rama tengah terbang. Saiz kelopak -kelopak bunganya nampak sama saiz sahaja antara satu sama lain. Hanya sedikit sahaja jenis Moth Orchid yang mempunyai saiz kelopak yang agak contra antara satu sama lain.

DENDROBIUM ORHIDS
Dendrobium adalah merupakan antara genera okid yang terbanyak di dunia. Harganya juga murah dibandingkan dengan orkid-orkid lain di pasaran. Kita boleh mendapatkan sepasu Dendrobium yang sedang mekar berbunga dalam berbagai warna dan corak dengan hanya RM 15 sahaja. Dengan sebab itulah juga kita akan dapati Dendrobium banyak menjadi hiasan di kebanyakan rumah di Malaysia di samping penjagaannya yang sangat minima dibandingkan dengan orkid-orkid yang lain.
Walaupun bunganya kelihatan seakan-akan Moth Orchid, namun saiz kelopak bunganya tidak sekata besarnya seperti dalam Moth Orchid. Namun begitu kita dapat mengecam Dendrobium Orchid melalui batangnya yang tinggi dan daun yang tumbuh di sepanjang bahagian atas batangnya. Tangkai bunga akan keluar dari celah-celah daun di sepanjang batangnya.

Cara-Cara Nak Tanam Pokok Orkid.

Sediakan Arang, Kalau dikampung selalu guna sabut kelapa, batang/tunggul kayu ataupun pecahan batu bata pun boleh. Kalau sizenya besar kecilkan. Saya guna penukul ketuk Arang ni. Arang juga boleh didapati di Pasaraya bahagian Garden.

Masukkan Arang 3/4 kedalam bekas dan kemudian ambil orkid letakkan kedalam bekas kemudian penuhkan dengan arang sehingga  batang pokok orkid menjadi tegak dan seimbang.

Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid.

Pastikan Akar Pokok Orkid berada dekat dengan Arang, Sabut ataupun Batang Kayu agar akar mencengkam dengan cepat.

Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.

. Dapat 4 Bekas tapi tak tahulah apa jenis serta warna bunganya. Harap-harap semuanya berbunga dengan cantik.

Cara penyiraman Pokok Bunga yang betul adalah dalam 2-3 kali sehari kalau cuaca mendung cukup la sekali sahaja.

Cara Pembiakkan Orkid sebenarnya terdiri dari 4 cara iaitu melalui anak Benih, keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun. 

 

 

Comments

  1. Ahaa, its fastidious conversation about this piece of writing here at this blog, I have read all that, so at
    this time me also commenting here.

Speak Your Mind

*