1. Kepercayaan Pelajar
2. Prestasi Pelajar
Apabila pelajar mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pensyarah, secara tidak langsung, prestasi pelajar akan meningkat. Hal ini kerana mereka akan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Selain itu, apabila pensyarah menunjukkan contoh teladan yang baik, pelajar juga cenderung untuk mencontohi sikap dan nilai baik yang dilihat oleh mereka. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang di dalam akademik dan mempunyai adab yang tinggi dapat dilahirkan.
3. Kredibiliti Pensyarah
Pensyarah yang berpegang kepada prinsip etika tinggi akan dilihat sebagai individu yang profesional dan berdedikasi. Mereka yang menepati masa, menyediakan bahan pengajaran berkualiti, dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri akan meningkatkan kredibiliti mereka dalam kalangan pelajar dan rakan sekerja. Ini menjadikan mereka contoh teladan dalam komuniti akademik. Oleh itu, dengan mengamalkan adab dan etika yang baik, pensyarah menyumbang kepada pembentukan budaya akademik yang inklusif dan berintegriti. Ini bukan sahaja memberi impak positif kepada pelajar tetapi juga membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang lebih harmoni.
1. Tekanan publikasi dan penyelidikan: Pensyarah sering menghadapi tekanan untuk menerbitkan jurnal atau memenuhi sasaran tertentu. Hal ini mendorong sesetengah pensyarah untuk mengabaikan aspek etika seperti plagiarisme atau manipulasi data untuk mempercepatkan penerbitan, yang akhirnya menjejaskan kredibiliti akademik mereka.
2. Kurang rasa hormat daripada pelajar: Perubahan budaya menyebabkan pelajar menunjukkan sikap kurang sopan, seperti tidak memberi perhatian atau lewat/ tidak hadir ke kelas.
3.Pengaruh luar: Pengaruh luar seperti politik atau kepentingan perniagaan boleh mencabar integriti pensyarah, menyebabkan mereka terpaksa membuat keputusan yang tidak selaras dengan nilai etika mereka.
4. Menjaga rahsia pelajar: Pensyarah mempunyai akses kepada maklumat peribadi pelajar, dan menjaga kerahsiaan adalah penting untuk membina kepercayaan.
1. Pihak universiti perlu menilai semula dan memperbaiki keperluan sasaran di dalam penilaian prestasi pensyarah. Universiti dan pensyarah harus bekerjasama untuk mencari alternatif yang dapat membantu masing-masing mencapai sasaran yang ditetapkan.
2. Pensyarah harus menetapkan peraturan kelas dengan jelas terutamanya mengenai adab dalam kelas, supaya pelajar akan lebih rasa hormat kepada pensyarah. Pensyarah juga harus berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan pelajar melalui komunikasi terbuka dan empati.
3. Pihak Universiti harus memastikan wujudnya prosedur yang jelas untuk menggunakan maklumat peribadi pelajar. Pensyarah harus mematuhi garis panduan institusi dalam pengendalian data pelajar.
4. Pensyarah harus berusaha untuk tetap neutral dalam isu politik dan tidak membenarkan pandangan peribadi mempengaruhi interaksi dengan pelajar.