COVID-19: Pemulihan kehilangan pembelajaran (Learning Loss Recovery)

Tajuk sesi siri Masterclass Premium kali ini amat menarik. Dengan keadaan sekarang, sekolah telah dibuka kembali tetapi sesi persekolahan telah hampir ke penghujungnya. Penilaian akhir tahun akan dilaksanakan beberapa minggu (kurang dari sebulan dari sekarang – 20 November 2021) dan terdapat beberapa penilaian telah dilaksanakan seperti UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa).

Isu tentang kehilangan pembelajaran tidak dapat dinafikan kerana ianya sedang berlaku dalam kalangan murid yang mengalami kekangan fasiliti dan sebagainya. Persoalannya ialah apakah yang guru boleh lakukan bagi membantu murid yang mungkin tergolong dalam kalangan kehilangan pembelajaran?

Salah satu perkara ialah guru boleh melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan emosi positif dalam kalangan murid. Menggunakan kata-kata semangat yang konsisten dan jujur. Dalam konteks ini, guru perlu jujur. Kalau sukar untuk menzahirkan kejujuran, bak kata Amy Cuddly “fake it, until you make it“.

Guru boleh menggunakan strategi pembelajaran dipercepatkan (accelerated learning strategy) seperti interactive graphic organizer (boleh gunakan pelantar digital sebagai contoh tetapi murid boleh menggunakan bahan sedia ada seperti kertas A4), visual/blocking distraction, simplifying concept dengan menggunakan analogi (memudahkan konsep),

Pelantar yang digunakan hanya sebagai contoh yang murid boleh lihat dan ikut secara dalam talian.

Learning loss merujuk kepada hilangnya kemampuan akademik, pengetahuan atau ketrampilan dalam kalangan murid. Pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi cabaran besar kepada pada guru, murid dan ibu bapa. Antara learning loss ialah tahap pengetahuan rendah (kesan kepada murid), keciciran (ketidakhadiran makin meningkat dalam kalangan murid dari golongan B40 dan SES yang rendah), motivasi dan emosi terganggu dan jurang pendidikan semakin besar. Learning loss yang berlaku akan menyebabkan jurang sosial menjadi lebih besar dalam masa panjang.

Apakah kesan learning loss?

Motivasi murid menurun dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru khuatir tentang pengajaran, murid dan ketidaktentuan situasi semasa yang di luar kawalan dan banyak lagi kesan yang dialami dan dirasai oleh guru, murid dan juga ibu bapa.

Cabaran recovery learning?

Cabaran learning recovery ialah kekangan masa untuk membantu murid untuk memahami atau menguasai sesuatu perkara, kepelbagaian kebolehan murid (ada murid yang tidak terkesan dengan PDPR disebabkan oleh peranti dan akses kepada internet yang tiada masalah dan sokongan ibu bapa yang konsisten tetapi ada murid yang mengalami kekurangan), kekurangan tenaga kerja (dari sudut guru untuk mengawal murid yang bilangnya ramai) dan persekitaran yang positif ) guru dan murid yang bersemangat, ibu bapa yang memberi sokongan dan juga pentadbir yang memberi kebebasan kepada guru untuk melaksanakan PdP).

Apakah langkah seterusnya oleh guru?

Accelerated learning VS Recovery learning

Accelerated learning melibatkan perubahan dan kesediaan minda dan tindakan. Dalam konteks minda, perlu menekankan aspek perubahan fokus/matlamat dan juga cara pelaksanaan acceleration vs remediation. Tindakan yang dilakukan oleh guru sama ada dalam konteks mengulangkaji semula semua topik pembelajaran, menggunakan modul pembelajaran, memberi latihan tambahan (latih tubi) dan juga kelas tambahan (extra classes during weekends, night etc.), dan mengkategorikan murid berdasarkan tahap penguasaan.

Change our mindset to change our actions – Samuel Isiah

Accelerated learning bermaksud kita bermula dari tempat terakhir kita tinggalkan, beri panduan yang sepatutnya kepada murid dan meneruskan perlumbaan ke garisan penamat. Keutamaan adalah dalam keyakinan, motivasi dan penglibatan murid dalam kelas. Pentaksiran formatif dilakukan secara berterusan untuk membantu murid untuk memperbaiki penguasaan mereka di mana pembelajaran dan keperluan murid adalah keutamaan. Arahan yang diberikan adalah fokus kepada kemahiran dan kandungan tertentu mengikut keperluan murid.

Empat (4) fokus Accelerated learning

  1. Memperibadikan pembelajaran (personalised learning)
  • Melibatkan deria yang pelbagai menggunakan gambar, ilustrasi olahan ayat (multisensory learning)
  • Self-explanation (murid menjelaskan kembali mengikut ayat sendiri dalam chat box, pelantar seperti Jamboard, Padlet dan sebagainya)
  • Meringkaskan konsep dengan menggunakan analogi (simplifying concept)
  • Menggunakan interactive graphic organiser (seperti peta minda, bingo dan sebagainya)
  • Block out distraction (gunakan paparan yang ringkas)

  • 2) Pengurusan sosioemosi murid
  • Menggunakan temperature checks (tanya khabar ” Apa khabar?”, tanya murid sama ada mereka ok dan sebagainya)
  • Menggunakan movement breaks (buat aktiviti ringkas)
  • Melakukan aktiviti yang merehatkan minda seperti menarik nafas dalam seminit dua
  • Words of affirmation (menggunakan perkataan tertentu yang menjadi terjemahan dalam bentuk tindakan)

  • 3) Pentaksiran formatif
  • Pentaksiran berterusan bukan “one-off” dan murid menggunakan ujian dan sebagainya sebagai maklumat yang diperlukan untuk menambahbaik pengetahuan dan kemahiran.
  • 4) Pembelajaran terbeza (differentiated learning)
  • Sesi akan datang

Remediate learning bermaksud kita bermula semula dari tajuk awal dan ini mungkin akan menyebabkan pembaziran masa, tenaga dan juga sumber. Persepsi yang dibina adalah murid dikira sebagai tertinggal seolah mereka di kelas belakang. Pentaksiran sumatif digunakan sebagai penanda aras kemahiran dan pengetahuan murid. Arahan yang diberikan fokus kepada pengajaran setiap kemahiran.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.