{"id":3786,"date":"2019-08-18T08:35:13","date_gmt":"2019-08-18T00:35:13","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/?p=3786"},"modified":"2019-08-18T08:35:13","modified_gmt":"2019-08-18T00:35:13","slug":"larangan-ketika-berdoa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/larangan-ketika-berdoa\/","title":{"rendered":"Larangan ketika berdoa"},"content":{"rendered":"<p>&#8220;<em>Markah ELPPT aku kurang dari 80%.\u00a0 Aku dah masukkan semua yang diminta.\u00a0 Tapi, aku sedih sebab walaupun tahun ni paling banyak penglibatan aku dalam penilaian, perundingan dan yang lain, tapi markah aku paling rendah untuk jangka masa 3 tahun ni.\u00a0 Aku dapat 4\/10 untuk sahsiah.\u00a0 Aku tak pernah datang kelas lewat.\u00a0 Aku tak pernah tak berbincang dengan pelajar tentang tugasan dan juga beri mereka komen dan panduan untuk mereka perbaiki mutu kerja<\/em>&#8221;\u00a0 Ini keluhan seorang sahabat saya.<\/p>\n<p>Saya akui yang saya juga kadang kala mengeluh sepertinya.\u00a0 \u00a0Saya terfikir bagaimana untuk menjadi lebih redha di atas ketentuan Allah berikan disebalik ketidakadilan.\u00a0 Bukan mudah untuk tidak berasa tertekan di atas penindasan orang terhadap kita, tapi bagaimanakah menjadi seorang yang tidak putus harap kepada Allah?<\/p>\n<p>Ada kalanya sebagai insan yang sifatnya lemah, mungkin pernah terdetik dalam benak fikiran kenapa apa yang kita hajati dan doakan tidak membuahkan hasil yang diharapkan.\u00a0 Apabila ini berlaku, kadang kala terdetik dalam hati &#8220;<em>Allah mungkin tidak perkenan doa aku ini<\/em>&#8220;.\u00a0 Sesungguhnya kita tidak mempunyai keupayaan untuk mengetahui apa yang terbaik untuk kita meskipun kita mempunyai akal fikiran yang waras kerana akal fikiran kita ini adalah kurniaan Allah dan kesempurnaan akal fikiran tertakluk kepada kurniaanNya.<\/p>\n<p>Oleh yang demikian, sebagai insan yang sifatnya lemah, kita tidak boleh meragui kurniaan Allah kepada kita dan kita perlu sentiasa berdoa tanpa putus harap kepada Allah.\u00a0 Antara <span style=\"color: #ff0000\"><strong>larangan berdoa<\/strong><\/span> yang perlu kita jaga ialah tentang <strong>ketidak yakinan kita kepada Allah<\/strong>.\u00a0 Ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwayakan oleh Abu Hurairah RA.<\/p>\n<ul>\n<li>Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:<\/li>\n<\/ul>\n<h3 style=\"text-align: center\">\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064e\u0646\u0651\u064e \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652: \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u0650\u064a \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e\u060c \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0627\u0631\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0634\u0650\u0626\u0652\u062a\u064e\u060c \u0644\u0650\u064a\u064e\u0639\u0652\u0632\u0650\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0645\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064e\u0629\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0645\u064f\u0643\u0652\u0631\u0650\u0647\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f<\/h3>\n<p><em>Maksudnya: \u201cJanganlah seseorang kamu berkata: Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah aku <strong>sekiranya<\/strong> Engkau mahu,<\/em>\u00a0<em>Ya Allah Ya Tuhan kami, kasihanilah aku <strong>sekiranya<\/strong> Engkau mahu. Akan tetapi hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh dalam meminta kerana sesungguhnya Allah sama sekali tidak ada yang memaksa.\u201d\u00a0<strong>[Riwayat al-Bukhari (6339) dan Muslim (<\/strong><\/em><strong><em>2679)<\/em><\/strong><strong><em>]<\/em><\/strong><\/p>\n<p>Dalam hadith tersebut, perkataan sekiranya merujuk seolah-olah kita tidak percaya akan rahmat Allah kepada kita.\u00a0 DIA yang mempu untuk memberi kurniaan tanpa sebarang halangan atau alasan.\u00a0 Oleh itu, jangan putus harap sekiranya apa yang dijangkakan tidak diperolehi setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.\u00a0 Allah tidak pernah silap dalam memberi apa yang terbaik untuk kita.<\/p>\n<p><strong>Nota:<\/strong> Untuk rujukan, layari laman web mufti Wilayah Persekutuan tentang <a href=\"http:\/\/muftiwp.gov.my\/ms\/artikel\/irsyad-al-hadith\/3583-irsyad-al-hadith-siri-ke-394-larangan-ketika-berdoa\">larangan ketika berdoa.\u00a0\u00a0<\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Markah ELPPT aku kurang dari 80%.\u00a0 Aku dah masukkan semua yang diminta.\u00a0 Tapi, aku sedih sebab walaupun tahun ni paling banyak penglibatan aku dalam penilaian, perundingan dan yang lain, tapi markah aku paling rendah untuk jangka masa 3 tahun ni.\u00a0 Aku dapat 4\/10 untuk sahsiah.\u00a0 Aku tak pernah datang kelas lewat.\u00a0 Aku tak pernah tak &hellip; <a href=\"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/larangan-ketika-berdoa\/\" class=\"more-link\">Continue reading <span class=\"screen-reader-text\">Larangan ketika berdoa<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":851,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[],"class_list":["post-3786","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-other"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3786","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/users\/851"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3786"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3786\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3787,"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3786\/revisions\/3787"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3786"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3786"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/hadijahjaffri\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3786"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}