UTM DIGITAL @ LIFESTYLE
: PENGGUNAAN APLIKASI UTMSMART BAGI MEREKOD KEHADIRAN PELAJAR KE KELAS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagai satu insiatif UTM Digital Lifestyle, aplikasi UTMSmart kini menyediakan kemudahan untuk merekod kehadiran pelajar ke kelas.
Untuk menggunakan UTMSmart di telefon pintar, sila muat turun aplikasi ini di Google Play atau App Store dan cari aplikasi UTMSmart . Aplikasi ini boleh digunakan dalam persekitaran sistem pengoperasian Android (versi 4.4 atau terkini) dan iOS (versi 1.0.4 atau terkini).
Ikuti langkah-langkah dalam panduan ringkas yang disediakan dalam grafik di bawah untuk menggunakan UTMSmart bagi tujuan merekod kehadiran.
Diharapkan sistem ini dapat dimanfaatkan oleh pensyarah bagi merekod kehadiran pelajar.
Sila hubungi pusat aduan setempat di CRM CICT sekiranya memerlukan bantuan lanjut.
Sekian.
Terima kasih.
Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Universiti Teknologi Malaysia.
HUBUNGI KAMI
Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my | Emel : aduit@utm.my | No telefon : 07-5532136/ 31976/ 31977/ 019-7786131