TINDAKAN & RUJUKAN MAKLUMAT UNTUK STAF UTM BAGI AUDIT PENGEKALAN SWAAKREDITASI UTM 22-25 OKTOBER 2018

Y.Bhg Tan Sri/Prof/Dato’/Prof.Madya/Ir/Dr/Saudara

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas

Audit Pengekalan Status Swaakreditasi UTM oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Pendidikan Tinggi) akan berlangsung pada 22-23 Oktober 2018 (UTM Johor Bahru) & 25 Oktober 2018 (UTM Kuala Lumpur). Audit ini sangat penting kepada warga UTM bagi memastikan UTM kekal dengan Status Swaakreditasi.

Sedia maklum, UTM telah memperolehi penganugerahan Status Swaakreditasi daripada MQA pada 29 Mac 2013 melalui surat MQA pada 9 April 2013. Untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI adalah tertakluk kepada keputusan audit penilaian semula institusi UTM oleh pihak MQA yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun dan penilaian audit kepada UTM  akan berlangsung pada 22 hingga 25 Oktober 2018.

Sehubungan dengan itu, selaku urusetia Audit Institusi , Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRiM), Canseleri amat berbesar hati menjemput SEMUA pihak Pengurusan Fakulti / PTJ dan warga UTM memberi tumpuan, sokongan dan penglibatan sepenuhnya kepada audit ini.

Bersama ini dilampirkan Tentatif Program & Semua Dokumen yang berkaitan untuk rujukan & tindakan WARGA UTM bagi menghadapi Persediaan Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM nanti. Diharap Dokumen ini dapat dijadikan bahan rujukan, difahami dan disampaikan kepada semua ahli Fakulti / PTJ masing-masing.

Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan proses Audit Pengekalan Status Swaakreditasi ini berjalan lancar agar UTM berjaya mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI.

Sekian, untuk makluman dan tindakan bersama. Terima kasih.

“UTM Beriltizam Untuk Mengekalkan Status Swaakreditasi”

b.p  Pengarah UTM QRiM