JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL WORKSHOP ON INCUBATION MANAGEMENT FOR GRADUATES STARTUPS AND SMEs

Assalamualaikum Wbt. & Salam Sejahtera,
 
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL WORKSHOP ON INCUBATION MANAGEMENT FOR GRADUATES STARTUPS AND SMEs
 
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Adalah dimaklumkan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED) dengan kerjasama American Council for International Education (ACIE) akan menganjurkan ‘International Workshop On Incubation Management for Graduates Startups and SMEs’ bermula pada 12 – 17 November 2018. Program ini dianjurkan bertujuan memperkasa ekosistem keusahawanan dan institusi pendidikan Malaysia dengan penglibatan pensyarah keusahawanan, usahawan EKS dan pihak pentadbir pusat keusahawanan dalam kalangan IPT awam dan swasta. 
 
3. Sebagai makluman, penceramah program ini adalah felo profesional dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Silvia Mah. Beliau juga merupakan Pakar Perunding Usahawan Wanita dan Pengasas Inkubator Usahawan Wanita (Hera Labs, USA). Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai program ini pada butiran seperti berikut:
 
Tajuk Program : Educators Entrepreneurship Enhancement Workshop (3EW)
Tarikh          : 12 – 13 November 2018 (Isnin – Selasa)
Masa          : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat          : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
 
Tajuk Program : Women Empowerment Entrepreneurship Workshop (W2EW)
Tarikh          : 16 – 17 November 2018 (Jumaat – Sabtu)
Masa          : 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat          : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
 
4. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif ke-4 Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 yang mana ianya memfokuskan kepada pengukuhan kompetensi tenaga pengajar sebagai kumpulan enabler. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan unggul serta menganjakkan minda mereka dari pencari pekerjaan (job seeker) kepada penjana pekerjaan (job creator).
 
5. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput dan digalakkan untuk menyertai program ini. Kami juga memohon kerjasama untuk mewar-warkan pemakluman program ini kepada yang berminat khususnya tenaga pengajar akademik yang terlibat secara langsung dalam program atau pengajaran dan pembelajaran modul keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran pengajaran disamping menerapkan nilai dan elemen keusahawanan dalam diri.
 
6.     Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian bit.ly/imgs2018 sebelum atau pada 7 November 2018. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh diajukan kepada urusetia program, Cik Siti Suryani Mat Nasit di talian 03-89213287/013-9445690 atau melalui emel suryani@ukm.edu.my
 
Sekian, kesudian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan melapangkan masa menghadiri program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Salam hormat.