LAWATAN MOCK AUDIT PENGEKALAN SWAAKREDITASI UTM PADA 19 OKTOBER 2018 BAGI UTM KUALA LUMPUR

YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./Saudara,

 & Salam Sejahtera,
 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa UTM telah memperolehi Pengiktirafan Swaakreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 29 Mac 2013 melalui surat MQA pada 9 April 2013.Penganugerahan STATUS  SWAAKREDITASI adalah tertakluk kepada penilaian semula institusi oleh pihak MQA sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun bagi tujuan pengekalan swaakreditasi.
3.   Sebagai persediaan Universiti untuk menerima Lawatan dari Panel Penilai Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM yang telah dijadualkan oleh MQA & Universiti pada 22-23 Oktober 2018 (UTM Johor Bahru) & 25 Oktober 2018 (UTM Kuala Lumpur)maka pihak Universiti  / Urusetia telah bersetuju untuk mengadakan Mock Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM 2018 di UTM Kuala Lumpur sepertimana maklumat  berikut:
 
Mock Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM 2018 bagi UTM Kuala Lumpur
 
Tarikh  : 19 Oktober 2018 (Jumaat)

Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Bilik Ilmuan 1 & 2, Anjung Menara Razak, UTMKL

Panel Auditor : IPTA & IPTS luar
 
4.   Sehubungan dengan itu, semua pihak Pengurusan Fakulti / PTJ yang berkaitan dengan pengurusan Akademik & Kualiti (UG & PG) di UTM dengan segala hormatnya adalah dijemput hadir.

5.   Bersama-sama ini juga disertakan Surat Pemakluman Lawatan Mock Audit & Tentatif Program yang berkaitan

sebagai rujukan & persediaan bagi semua fakulti/PTJ bagi persediaan untuk Mock Lawatan Audit Pengekalan Swaakreditasi UTM nanti. 

Sekian harap maklum dan perhatian serta kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

p/s: Dokumen keperluan lain kepada fakulti akan diemailkan oleh Urusetia (QRiM) dalam masa terdekat.