Mulai dari semester 1 sesi 2018-2019. Proses pembentangan markah tidak lagi dibuat berdasarkan kepada melihat kepada status keputusan peperiksaan seperti KB, KS etc.
Penasihat Akademik (PA) akan bentang sendiri markah pelajar bawah mereka dan berbincang mengenai JKD dan JKK masa itu, status subjek gagal etc.
Keputusan yang kurang daripada 2.0 kita akan panggil parents untuk berbincang untuk tindakan susulan terhadap anak mereka. Jika didapati keputusan 0.2 menandakan pelajar sudah diberhentikan.
Boleh lihat di AIMSWEB maklumat pelajar dibawah kita.
JKD =jumlah kredit dapat. Dia register dan lulus maksudnya direkodkan kredit itu. Kalau tak lulus kredit subjek itu tak direkod atau tak dapat kredit.
JKK= jumlah kredit kira.
Sepatutnya JKD sama banyak dengan JKK pada peringkat pelajar masih tahun 3. Selepas pelajar membuat Latihan Industri (LI) iaitu 6 kredit. Kita akan dapati ada penambahan 6 kredit lebih pada JKD berbanding JKK. Situasi ini boleh dilihat pada senarai nama pelajar yang sudah masuk tahun 4 pengajian.
Situasi dimana JKD kurang dari JKK. Itu maknanya pelajar mempunyai subjek yang dia telah gagal. Kalau beza 3 kredit maksudnya 1 subjek dia gagal.
Kalau JKD tinggi dari JKK maknanya student dah buat industrial training. Yg mana dia dapat kredit tp tak dikira markah.
Kalau JKK dah banyak terlampau tinggi. Mungkin pelajar dah ulang subjek yg UG tetapi dia tak tick pada status UG atau UM. Sebab itu pengiraan kredit jadi berganda.
Norm Kredit= jumlah kredit yg perlu student dpt utk graduate. Sepatutnya 138 kredit.
TugasĀ PA semak JKD dan JKK …kalau berbeza kenal pasti bil kredit yg kurang dan semak di AIMS subjek mana yg gagal dan buat study plan utk student bila dia kena ambil subjek tersebut.
JKD bileh lebih atau kurang dari JKK.
Kalau kurang dari JKK maksudnya ada subjek fail. Kalau lebih dia mesti dah tahun 4 yg mana dah ambil industrial training. Yg sebanyak 6 kredit.
First week academic session kita akan buat meeting bersama student utk mendapat perkembangan semasa student.