Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia
Y. Bhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara/Saudari,
Untuk makluman, eLearning@UTM Semester 1 2018/19 telah selesai proses konfigurasi. Portal eLearning@UTM kini boleh dicapai dan dikemaskini oleh pensyarah menerusi portal rasmi myUTM (https://my.utm.my). Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian isu berkaitan dengan subjek semester sebelum ini iaitu (Semester 1 20172018) untuk dibawa ke hadapan (Semester 1 20182019). Tidak semua subjek berjaya untuk dibawa kehadapan dan sebahagiannya akan ada subjek yang kosong.
Untuk yang demikian, pensyarah untuk melakukan proses backup dan restore pada subjek Semester 1 20172018 (http://elearning.utm.my/17181) kepada Semester 1 20182019.
Dokumen backup dan restore disertakan dalam lampiran email ini untuk membantu para pensyarah yang terbabit. Sebarang masalah capaian di laman ini boleh hubungi aduit@utm.my atau 07-5532136 untuk bantuan lanjut.