SOAL SELIDIK KAJIAN SARINGAN MINDA SIHAT STAF UTM BAGI PROGRAM MINDA SIHAT, EMOSI TENANG (MINDSET) 2018

SOAL SELIDIK KAJIAN SARINGAN MINDA SIHAT STAF UTM BAGI PROGRAM MINDA SIHAT, EMOSI TENANG (MINDSET) 2018

Pusat Kaunseling UTM sedang menjalankan satu kajian bagi mengenalpasti tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan serta tahap kemahiran daya tindak (coping skill) dalam kalangan staf UTM. Kajian ini merupakan suatu kajian menyeluruh melibatkan SEMUA STAF DARI SETIAP JAWATAN DAN GRED.

Misi kami adalah bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumbalas dari staf bagi mencapai maksud dan objektif kajian. Justeru, kami amat mengharapkan kerjasama dari setiap staf untuk menjayakan harapan ini. Bagi yang telah menjawab, setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan.

Hasil dapatan dan data yang diperolehi akan digunakan untuk tujuan:

1. Penambahbaikan perkhidmatan kepada staf.
2. Memastikan tahap kesejahteraan staf dalam keadaan yang baik.

  1. Mewujudkan program-program yang bersesuaian yang menjadi keperluan kepada pembinaan emosi, mentaldan personaliti staf yang positif.

Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan dilindungi kerahsiaannya di bawah AKTA KAUNSELOR 1998.

KLIK SINI UNTUK MULA MENJAWAB

Tempoh menjawab soal selidik ini adalah sehingga 30 September 2018.

Sekian, kerjasama Y. Bhg. Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.