say bye 2022, hye 2023

Dec 29

 

first.

I was surprised. I think, I have my own blog before. My last post was somewhere mid of 2020, I think.

Today, all of sudden, when I was trying to update a new post, I can’t find my last blog which I have decorated it with my own looks and style.

But, never mind. Let’s start all new.

Walaupun hari ini mencatatkan tarikh bagi tahun 2022, biarlah ia menjadi suatu permulaan bagi suatu pengakhiran di tahun 2022.

29 Disember 2022. Hari akhir bekerja bagi tahun 2022 dalam kalendar. Walaupun, in my job scope, kami bekerja tidak mengira masa. Di mana ada masalah berkaitan capaian rangkaian internet, di situ sepatutnya ada kami untuk menyelesaikannya.

So, 2022 bakal melabuhkan tirainya. Dan nanti, kami akan kembali (insyaAllah) pada 1 Januari 2023. Memulakan hari pertama 2023 di hari bekerja. Nothing special or odds about that date. Di Johor, saban tahun memang tiada hari cuti umum atau peristiwa bagi 1 Januari. Maka, apabila jatuhnya 1 Januari pada hari bekerja, maka, bekerjalah kita seperti biasa.

Dua-puluh-dua-puluh-dua.

Satu tahun yang pada setiap orang, merasakan pengalaman yang berbeza. Dari segi kerjaya, peribadi dan sebagainya. Warna warni pelbagai kisah telah tercatat sepanjang tahun 2022. Pelbagai sejarah, suka duka, hitam putih perjalanan 2022 hampir tiba di penghujungnya.

Maka, diharapkan dua-puluh-dua-puluh-tiga nanti akan membawa lebih baik daripada apa yang dilalui dan ditinggalkan dalam dua-puluh-dua-puluh-dua.

Bagi mereka yang menjalani tahun 2022 dengan kedukaan kehilangan orang yang tersayang, didoakan semoga dapat bangkit meneruskan kehidupan. Kerana, tidak lain dan tidak bukan, kehidupan ini adalah suatu perjalanan menuju pengakhiran. Cuma, belum tiba masa kita untuk bertemu ke garis penamat kehidupan; kematian. Oleh itu, teruskan berjalan, mencari redha Tuhan.

Kepada mereka yang menepuh 2022 dengan sisi lain dari kedukaan, didoakan juga semoga terus melangkah gah dan gemilang menuju sisa-sisa kehidupan untuk memakmurkan muka bumi bersama kasih sayang dan rahmat Tuhan. Kehidupan masih diberi peluang untuk meneruskan langkah mencari bahagia daripada Tuhan.

Akhir kalam.

Semoga apa yang telah tercatat dalam tahun 2022 samada ianya baik atau sebaliknya, bakal menjadi pemangkin meneruskan langkah dalam tahun 2023.

Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Selamat tinggal 2022. Selamat bertamu, 2023!

hafiz,
UTMDigital.