Nature of work – Network Guy
Jan 31
Nature of work – sifat kerja.
Setiap orang, atau tepatnya, setiap ‘pekerja’ itu mempunyai sifat kerja yang pelbagai dan berbeza.
Ada orang yang bekerja di persekitaran dalam pejabat sahaja yang berhawa dingin. Ada pula orang yang bekerja berlari ke sana sini menghantar surat, dokumen atau sebagainya.
Bagi seorang “Network Guy” seperti kami, our nature of work adalah di lapangan dan bertemu dengan pelbagai ragam samada manusia ataupun keadaan.
Apakah sifat kerja bagi seorang ‘budak rangkaian’ di UTM ini? Untuk lebih terperinci, boleh lihat dalam “MyJD” – *senyum*
Secara umumnya, skop kerja seorang budak rangkaian ini adalah mempastikan sistem capaian rangkaian di dalam kampus berada dalam keadaan baik dan teratur serta sedia berfungsi dengan lancar tanpa gangguan.
Keberadaan seorang budak rangkaian tidak hanya di dalam pejabat berhawa dingin semata, tetapi melingkupi segenap ceruk kampus selagi mana ada “sistem rangkaian” tersedia.
Kami, ‘budak rangkaian’ bekerja untuk universiti. Bagi memastikan kelancaran perjalanan dan pengurusan universiti termasuk kepada staf, pelajar dan semua “pengguna hidup” yang menggunakan sistem rangkaian seperti capaian internet bagi melaksanakan misi dan visi universiti tercapai.
Kami tidak hanya duduk di dalam pejabat berdingin hawa dengan berpakai segak dari hujung rambut ke hujung kaki. Kami, kadangkala mungkin kacak di waktu pagi, tetapi serabai di waktu petang. Kerana apa? Kerana kami bukan hanya duduk bersahaja di kerusi dan menatap komputer di atas meja. Boleh jadi, kami menatap komputer/laptop bukan di atas meja, tetapi boleh sehingga ke hujung atap semata untuk memastikan kelancaran operasi rangkaian universiti.
Fahamilah. Setiap orang, sifat kerja mereka berbeza. Dan kami tidak mengeluh dengan sifat kerja kami kerana kami komited dengan kerja kami. Tidak mengapa, tidak berpakaian segak dari pagi ke petang, asalkan tanggungjawab dan amanah kami galas kerana ‘Tuhan untuk Manusia’.
Maka, jangan sekat sifat kerja kami. Jangan jeling-jeling kami. Kami menjalankan tugas kami. Dan kamu, dengan tugas kamu. Tetapi, jangan menggunakan ‘tugas’ kamu untuk menyekat tugas kami. Tabayyun lah dahulu dengan sifat kerja kami sebelum kamu nak melabel kami dalam minda kamu dengan pelbagai persepsi.
Sekali lagi, sifat kerja kami; Kerana Tuhan untuk Manusia.