{"id":10248,"date":"2024-10-22T15:36:48","date_gmt":"2024-10-22T07:36:48","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/?p=10248"},"modified":"2024-10-25T21:04:25","modified_gmt":"2024-10-25T13:04:25","slug":"bahagian-2-catatan-ringkas-kembara-ilmu-di-bumi-uncle-sam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/bahagian-2-catatan-ringkas-kembara-ilmu-di-bumi-uncle-sam\/","title":{"rendered":"[BAHAGIAN 2] Catatan Ringkas Kembara Ilmu di Bumi Uncle Sam"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>12 Oktober 2024<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Setelah mengharungi perjalanan hampir 15 jam di udara, akhirnya saya selamat sampai di Washington D.C.. D.C ini ibu negara atau pusat pentadbiran Amerika Syarikat. Jadi saya boleh lihat ramai manusia dari pelbagai negara datang ke sini. Beratur untuk imigresen agak panjang dan lama. Drama No 1 berlaku. Huhu<\/p>\n\n\n\n<p>Sahabat saya di Malaysia dah pesan, jangan bawa makanan berunsurkan ayam dan daging ke US. Tapi bila saya tanya dua orang sahabat saya yang pernah belajar di sana, mereka kata ikut nasib asalkan declare. Jadi saya ikutlah nasihat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasib tidak menyebelahi saya. Saya <em>declare<\/em> yang saya bawa <em>instant<\/em> nasi goreng ayam dan nasi beriani daging. Jenama <em>Brahim&#8217;s guyss!<\/em>. Ingatkan lepas. Tidak ya tuan-tuan dan puan-puan. Dibawanya saya ke bilik khas pemeriksaan sambil pasport saya diambil. Berdebar juga tapi saya tenang-tenang sahaja. Bukan apa, khuatir kalau saya kena tanggalkan semua pakaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, seperti dijangka, mereka ambil <em>instant food <\/em>yang berunsur ayam dan daging. Tapi nasi goreng kampung <em>Brahim&#8217;s<\/em> mereka lepaskan sebab tiada ayam mahupun daging. Cuma ikan bilis. Kemudian saya dibenarkan keluar. Jadi okay lah kena buang daripada tak declare sebab anjing kastam dah <em>standby<\/em> untuk bau beg yang mencurigakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari Malaysia lagi saya dah <em>install<\/em> Uber. Sebab di sini guna Uber. Boleh je nak naik <em>subway<\/em>. Tapi dengan kepala dah ting tong dan beg berat, lebih baik naik Uber. Drama No 2 berlaku. Saya pelik kerana setiap kali saya <em>book<\/em>, Uber kata <em>payment method<\/em> tak <em>valid<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada ke patut bank kad kredit saya pergi <em>block<\/em> kad kredit saya. Dalam SMS yang dihantar, katanya ada <em>suspicious charge<\/em>. Sedangkan caj itu merupakan caj dari hotel saya yang baru dicaj pada hari tersebut. Walhal saya dah call <em>customer service<\/em> beberapa hari sebelum berlepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabar aje lah. Nasib baik masa tu ada seorang kenalan dari Malaysia yang bekerja di US<em> Embassy<\/em> KL sudi tumpangkan Uber ke <em>city centre<\/em> sementara saya fikirkan macam mana nak setelkan isu Uber ni. <em>End up<\/em>, saya terpaksa guna <em>debit card<\/em>. Saya tak <em>prefer<\/em> guna <em>debit card<\/em> sebab itu untuk urusan keluarga di Malaysia. Tapi tak apalah, nak buat macam mana.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai rakan yang menasihati saya untuk tidur ikut waktu D.C. Pada mulanya, saya nak <em>follow<\/em> juga saranan mereka. Tapi dengan kepala dah berpusing-pusing dengan bermacam-macam drama, saya <em>decided<\/em> untuk <em>check-in<\/em> awal dengan sedikit bayaran tambahan. Bersihkan diri, solat dan letak sahaja kepala di bantal, terus terlelap.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya terjaga untuk solat maghrib. Perut rasa lapar. Makanan dah kena rampas. Guna Uber sekali lagi untuk <em>order<\/em> makanan. Bila tengok harga, rasa bertuahnya duduk Malaysia. Serba serbi berpatutan. Saya tinggal di hotel 2 <em>star <\/em>sahaja. Ya, ikut matawang mereka memang 2 <em>star<\/em>, tapi kalau <em>convert <\/em>ke Ringgit Malaysia, boleh jadi 4-5 <em>star<\/em>. Malam tu saya makan nasi arab sambil <em>study<\/em> apa yang patut dari slaid pembentangan.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Jet lag <\/em>masih lagi terasa. Jadi saya sambung tidur sebab keesokan persidangan bakal bermula. Niat asal hari pertama sampai iaitu sehari sebelum persidangan bermula, boleh lah jalan-jalan di sekitar D.C dulu. Nampaknya, terlepek atas katil sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Bersambung&#8230;<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2024\/10\/Food.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"674\" height=\"607\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2024\/10\/Food.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-10252\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2024\/10\/Food.png 674w, https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2024\/10\/Food-300x270.png 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 674px) 100vw, 674px\" \/><\/a><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Nasi Arab The Halal Guys dan Kopi Free Flow Hotel<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2018\/10\/signature.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"274\" height=\"85\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2018\/10\/signature.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-1544\" \/><\/a><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>12 Oktober 2024 Setelah mengharungi perjalanan hampir 15 jam di udara, akhirnya saya selamat sampai di Washington D.C.. D.C ini ibu negara atau pusat pentadbiran Amerika Syarikat. Jadi saya boleh lihat ramai manusia dari pelbagai negara datang ke sini. Beratur untuk imigresen agak panjang dan lama. Drama No 1 berlaku. Huhu Sahabat saya di Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":820,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-10248","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-bacaan-umum","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/users\/820"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10248"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10248\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10259,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10248\/revisions\/10259"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10248"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10248"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}