{"id":10739,"date":"2026-04-17T22:59:43","date_gmt":"2026-04-17T14:59:43","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/?p=10739"},"modified":"2026-04-17T22:59:43","modified_gmt":"2026-04-17T14:59:43","slug":"istilah-lazim-yang-berbeza-makna-di-malaysia-dan-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/istilah-lazim-yang-berbeza-makna-di-malaysia-dan-indonesia\/","title":{"rendered":"Istilah Lazim yang Berbeza Makna di Malaysia dan Indonesia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malaysia dan Indonesia sering digelar dua negara serumpun. Disebabkan hubungan diplomatik yang rapat, kedudukan geografi yang strategik serta penggunaan bahasa yang hampir serupa, rakyat Malaysia sering mengunjungi kota-kota utama di Indonesia, dan begitu juga sebaliknya. Penulis secara peribadi telah menjejakkan kaki ke hampir semua kota utama di Indonesia sama ada di pulau Sumatera, pulau Jawa, pulau Kalimantan mahupun pulau Sulawesi. Sejak 2022, Malaysia telah membawa paling banyak pelancong ke Indonesia, dengan 2.27 juta orang tiba pada 2024. Ia mengatasi negara lain seperti Australia, Singapura, China, Timor-Leste dan India. Jumlah pelawat Indonesia ke Malaysia pula pada tahun 2024 adalah 4,145,127, menunjukkan peningkatan sebanyak 19.1 peratus berbanding 2023 dan 6.8 peratus berbanding 2019. Sehingga Mac 2025, terdapat 580 penerbangan mingguan yang mempunyai kapasiti dengan 106,134 tempat duduk dari Indonesia ke Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, tahukah kita bahawa terdapat istilah-istilah tertentu di kedua-dua negara yang mungkin tidak dianggap sensitif di sebuah negara, tetapi membawa maksud yang sensitif di negara yang satu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baru-baru ini, penulis telah mendengar sebuah lagu di corong radio yang memperdengarkan bait-bait lirik berikut, yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>\u201cAku yang ada untukmu<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Temani saat kau jatuh<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Walau ku harus pura-pura bahagia<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Biar lihat senyummu<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sia-sia pengorbanan<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Aku hanya ada di saat kau <strong>butuh<\/strong><\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sakit oh sungguh sakit terasa<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Engkau goreskan luka.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sumber: lirik lagu \u201cMenjaga Jodoh Orang Lain\u201d, nyanyian Ara Johari<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdetik dalam hati penulis, bagaimana lirik lagu sedemikian dibenarkan untuk diperdengarkan dalam konteks masyarakat Malaaysia. Menurut definisi yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), \u201cbutuh\u2019 merujuk kepada kemaluan lelaki. Penulis tidak menafikan, barangkali syarikat rakaman lagu tersebut ingin memperluaskan pasaran lagu berkenaan ke Indonesia. Penulis tiada masalah berkaitan dengannya. Dalam konteks Indonesia, &#8220;butuh&#8221; merujuk kepada keperluan atau keinginan untuk sesuatu. Dalam perbualan harian, perkataan ini sangat biasa. Ia digunakan apabila seseorang memerlukan sesuatu atau keadaan. Contohnya, \u201cAku butuh bantuanmu untuk menyelesaikan tugas ini sebelum besok\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, pernahkah kita sedar, suatu ketika dahulu, sebuah lagu dendangan kumpulan tersohor Indonesia, Sheila on 7 yang bertajuk \u201cSeberapa Pantas\u201d yang mengandungi lirik berikut:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>\u201c<strong>Celaka<\/strong>nya hanya kaulah yang benar benar aku tunggu<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Hanya kaulah yang benar benar memahamiku<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Kau pergi dan hilang ke mana pun kau suka<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong><em>Celaka<\/em><\/strong><em>nya hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Diantara peri aku slalu menantimu.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Sumber: lirik lagu \u201cSeberapa Pantas\u201d, nyanyian kumpulan Sheila on 7<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas perbincangan dengan pihak rakaman dilaksanakan, akhirnya mereka menggantikan perkataan \u201ccelakanya\u201d dengan \u201coh sayangnya\u201d dan akhirnya lagu tersebut dibenarkan memasuki pasaran muzik di Malaysia. Begitu juga dengan lirik dendangan biduanita negara, Dato\u2019 Seri Siti Nurhaliza yang sangat tersohor di Indonesia yang bertajuk \u201cBukan Cinta Biasa\u201d yang mengandungi istilah \u201cbeda\u201d ditukarkan kepada \u201cbeza\u201d untuk pasaran di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis pernah mengendalikan program pertukaran latihan mengajar mahasiswa universiti tempat penulis berkhidmat ke beberapa kota di Indonesia. Penulis mengambil inisiatif menjemput wakil dari Persatuan Mahasiswa Indonesia untuk menerangkan istilah tertentu yang dianggap sensitif di Indonesia. Misalnya, istilah \u201cbudak\u201d merupakan sesuatu kebiasaan di Malaysia. Ibu bapa memanggil anak-anak mereka sebagai budak, guru sekolah memanggil anak-anak murid sebagai budak, dan banyak lagi situasi perkataan \u201cbudak\u201d digunakan di Malaysia. Namun, di Indonesia, ia merujuk kepada hamba sahaya atau pekerja yang tidak dibayar. Mereka biasanya menggunakan perkataan \u201canak\u201d sebagai ganti kepada \u201cbudak\u201d. Namun rakyat Indonesia mula mengerti bahawa maksud \u201cbudak\u201d dalam konteks Malaysia adalah sesuatu yang biasa apabila siri kartun Upin dan Ipin memasuki pasaran Indonesia. Selain itu, <strong>banci<\/strong> dalam bahasa Melayu merujuk kepada perhitungan seperti penduduk, lalu lintas dan sebagainya. Namun, di Indonesia, <strong>banci<\/strong> merujuk kepada lelaki yang mempunyai tingkah laku dan berpakaian seperti perempuan. Panggilan itu dianggap sebagai kasar dan menghina mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga sebaliknya. Istilah yang membawa maksud biasa di Indonesia, menjadi sesuatu yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. Umpamanya, \u201c<strong>gampang<\/strong>\u201d yang merujuk kepada \u201canak haram\u201d. Walaupun dalam penulisan kreatif atau sastera yang pembaca faham maksudnya dalam konteks penceritaan, namun, untuk masyarakat umum, ia membawa kepada suatu perspektif yang negatif. Di Indonesia, &#8220;<strong>gampang<\/strong>&#8221; tidak sama dengan &#8220;<strong>gampang<\/strong>&#8221; di Malaysia. Penutur dianggap biadab jika mereka menggunakan perkataan tersebut, terutamanya kepada orang yang lebih tua. Di Indonesia, perkataan <strong>\u201cgampang\u201d<\/strong> bermakna mudah atau tidak sukar. Istilah ini sering digunakan untuk menyatakan sesuatu yang tidak memerlukan banyak usaha atau tidak menimbulkan kesusahan. Contohnya dalam perbualan biasa di Indonesia, \u201cSoal ujian tadi gampang banget\u201d yang bermaksud soalan ujian sebentar tadi senang dan tidak sukar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Istilah lain yang biasanya akan didengari oleh pelancong Malaysia di Indonesia termasuklah &#8220;<strong>lumayan<\/strong>&#8221; dalam bahasa Indonesia biasanya bermaksud sederhana atau mencukupi, manakala &#8220;<strong>lumayan<\/strong>&#8221; dalam bahasa Melayu bermaksud banyak, mewah atau berlebihan. Begitu juga dengan istilah \u201c<strong>mesra<\/strong>\u201d yang membawa maksud akrab atau erat dalam konteks Malaysia. Namun, istilah berkenaan dalam bahasa Indonesia, hanya digunakan untuk pasangan suami isteri atau kekasih sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tuntasnya, perbezaan makna perkataan antara Malaysia dan Indonesia tertentu menunjukkan betapa pentingnya kepekaan bahasa dalam komunikasi serantau. Walaupun kedua-dua negara berkongsi akar bahasa yang sama, penggunaan sesetengah perkataan boleh membawa maksud yang berbeza atau menimbulkan salah faham jika tidak difahami konteksnya. Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka terhadap kepelbagaian bahasa ini, terutamanya dalam komunikasi harian. Kefahaman terhadap perbezaan ini bukan sahaja dapat mengelakkan kekeliruan, malah memperkukuh hubungan budaya dan komunikasi antara dua negara serumpun ini.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-scaled.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"747\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-1024x747.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10740\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-1024x747.jpg 1024w, https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-300x219.jpg 300w, https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-768x560.jpg 768w, https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-1536x1121.jpg 1536w, https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2026\/04\/20260407_1155571-2048x1494.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><figcaption class=\"wp-element-caption\">Saya bersama para dosen dan mahasiswa Universitas Negeri Malang<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><a href=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2025\/03\/karikatur-dan-sign.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"170\" height=\"322\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2025\/03\/karikatur-dan-sign.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-10397\" style=\"width:90px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2025\/03\/karikatur-dan-sign.png 170w, https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-content\/uploads\/sites\/748\/2025\/03\/karikatur-dan-sign-158x300.png 158w\" sizes=\"auto, (max-width: 170px) 100vw, 170px\" \/><\/a><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia dan Indonesia sering digelar dua negara serumpun. Disebabkan hubungan diplomatik yang rapat, kedudukan geografi yang strategik serta penggunaan bahasa yang hampir serupa, rakyat Malaysia sering mengunjungi kota-kota utama di Indonesia, dan begitu juga sebaliknya. Penulis secara peribadi telah menjejakkan kaki ke hampir semua kota utama di Indonesia sama ada di pulau Sumatera, pulau Jawa, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":820,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-10739","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-bacaan-umum","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10739","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/users\/820"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10739"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10739\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10741,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10739\/revisions\/10741"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10739"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10739"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/halim\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10739"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}