Jika anda pernah menggunakan “Incognito mode” dalam browser chrome, fungsi Guess mode adalah hampir sama tetapi dengan tambahan.

Dalam Guess mode, Chrome akan berjalan seperti pertama kali kita menggunakan browser pada komputer yang baharu. Secara amnya hanya browser untuk melakukan carian sahaja dan totally kosong. Sangat ideal untuk situasi seperti :

  1. Melakukan pembentangan atau demonstrasi pada skrin
  2. Memberi pinjam untuk orang yang ingin menggunakan komputer / laptop kita pada ketika itu,

Dia tidak akan nampak segala hasil carian yang pernah kita cari mahupun bookmark yang telah kita tandai. Maka data kita adalah lebih terjaga.

Berikut cara untuk mengakses Guess mode dalam browser chrome:

  1. Buka aplikasi Chrome pada komputer.
  2. Lihat pada sudut kanan atas, klik pada ikon profile.
  3. Pilih “Guest”

Semoga bermanfaat.