PENGURUSAN PROJEK

Critical Path Method (CPM)

CPM adalah satu kaedah untuk menjadual dan menguruskan projek samada yang kompleks atau pun yang mudah. Ia adalah methodologi dalam mengenalpasti laluan aktiviti atau item pekerjaan yang kritikal.

Pegawai Penguasa Projek perlu memahami, mengetahui bagaimana dan tujuan penggunaan CPM supaya kerugian semasa projek berlangsung ditiadakan atau diminimakan.

CPM membantu dalam hal menyelia dan memantau serta menguruskan projek. Ia juga merupakan alat penting bagi kontraktor agar dapat merancang dan melaksanakan kontrak mengikut perancangan kos, sumber manusia, loji dan jentera.