Jardin Pharma dan UTM Jalin Kerjasama Strategik Inovasi dan Perkomersilan

JOHOR BAHRU, 22 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jardin Pharma Berhad, sebuah syarikat farmaseutikal halal telah memilih untuk menjadi rakan strategik dengan menandatangani tiga perjanjian iaitu Memorandum Perjanjian (Memorandum of Agreement), Perjanjian Perlesenan Teknologi (Technology Licensing Agreement) dan Perjanjian Penyerahan Hak (Assignment Agreement).Kedua belah pihak telah menandatangani tiga perjanjian ini bagi membolehkan kedua-duanya menjadi rakan kolaborasi inovasi dan pengkomersilan.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail bagi pihak universiti ini manakala Jardin Pharma pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin.

Naib Canselor UTM dalam ucapannya berkata kepakaran pensyarah universiti ini telah digunakan sepenuhnya untuk projek penyelidikan bertajuk ‘Physicochemical, Biological, Charasteristic and Bioavailability Study of Liposomal Turmeric’. Projek penyelidikan yang menggunakan kunyit sebagai bahan asas alami untuk kajian dibiayai sepenuhnya oleh pihak Jardin Pharma, yang mana kajian ini bertujuan untuk melihat kestabilan bahan aktif pada kunyit ini dapat ditingkatkan melalui kaedah enkapsulasi liposom.

“Pihak Jardin Pharma juga telah mengkomersilkan hasil penyelidikan UTM iaitu ubat batuk yang dihasilkan dari ekstrak buah nanas yang didaftarkan pada produk pelesenan harta intelek dengan nama ‘Natural Cough Syrup from Pineapple Fruit Extract incorporated with species and herbs’ dan juga membeli sebuah lagi harta intelek universiti iaitu ‘A Novel Polyherbal Formulation with High Anti-Inflammatory Activity, katanya lagi.

Kedua-dua produk ini telah dibangunkan oleh Dr. Harisun Ya’akob yang merupakan pensyarah di Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga dan Felo Penyelidik di Institut Pembangunan Bio-Produk (IBD).

“Melalui pengkomersilan harta intelek ini, UTM bukan sahaja dapat berkongsi produk hasil penyelidikan universiti kepada industri dan masyarakat tetapi juga menjana pendapatan universiti seiring dengan agenda memperkasakan inovasi penyelidik UTM.

“Majlis menandatangani perjanjian ini juga adalah interpretasi kepada hubungan baik antara universiti dan industri yang diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutama daripada aspek penjanaan kewangan dan penghasilan inovasi berkualiti yang memiliki potensi nilai pasaran yang tinggi,” katanya lagi.

Turut hadir ke majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) ini adalah Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azurati Ahmad@Salleh, Pengarah IBDUTM, Prof. Dr. Hesham A. El Enshasy dan Pengurus Jardin Pharma Bhd, Rahman Baco.

Seminar Nasional Proses Kimia, Material, dan Energi.

[Continue reading]

Program Kesedaran Halal dan Bimbingan Pensijilan Halal

[Continue reading]

Program Gaya Hidup Sihat

[Continue reading]

4th International Conference on Engineering and Technology 2019

Presenter & session chair IPN conference, Melbourne. 4th International Conference on Engineering and Technology 2019, 22-24 March 2019, Melbourne, Australia. Title: Evaluation of Carica Papaya Linn. Fractions against Denv-2 Acitivity. … [Continue reading]

A Symposium on “Technology Generation in Medical and Agriculture for Human Health and Environment”

Alhamdulillah selesai tugas menjayakan seminar bersama dgn De La Salle University, Manila Invited Speaker, Technology Generation in Medical and Agriculture for Human Health and Environment, 21 June 2019, De La Salle University, Manila, … [Continue reading]

Seminar Halal & Safety 2019: The Challenge and Innovation Research in Halal Cosmetics

Bulan lepas, memenuhi undangan Universiti Muhammadiyah Solo sebagai penceramah jemputan bagi Seminar Halal & Safety: The Challenge and Innovation Research in Halal Cosmetics # ke Solo..solo # Bengawan solo # tempat indah, tenang, baik budi … [Continue reading]

UK visit 17

UK visit 17:Membentangkan kertas kerja dan session chair bagi ICNP 17 di London.Kemudian ke norwich melawat John Innes Centre dan Quandram Institute 1-5 nov 2017             … [Continue reading]

Projek Tempe Berperisa Syarikat Malinja Kebab

Alhamdulillah projek tempe berperisa utk Syarikat Malinja Kebab di terima oleh syarikat dengan baik.Terima kasih team member food,IBD dan student yang terlibat. … [Continue reading]

Program penting terakhir IBD tahun 2016 iaitu ICBWI, HICOE dan OPCW

[Continue reading]