{"id":702,"date":"2022-10-27T07:00:00","date_gmt":"2022-10-27T07:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/?p=702"},"modified":"2022-10-27T07:00:03","modified_gmt":"2022-10-27T07:00:03","slug":"jardin-pharma-dan-utm-jalin-kerjasama-strategik-inovasi-dan-perkomersilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/2022\/10\/27\/jardin-pharma-dan-utm-jalin-kerjasama-strategik-inovasi-dan-perkomersilan\/","title":{"rendered":"Jardin Pharma dan UTM Jalin Kerjasama Strategik Inovasi dan Perkomersilan"},"content":{"rendered":"\n<header class=\"entry-header \">\n<div class=\"ast-single-post-order\">\n<h1 class=\"entry-title\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"attachment-large size-large wp-post-image\" src=\"https:\/\/news.utm.my\/wp-content\/uploads\/2022\/08\/MoU-Jardin-Pharma-2-copy-2-1024x281.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"281\" \/><\/h1>\n<div class=\"entry-meta\"><span class=\"cat-links\"><a href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/category\/ahli-akademik-penyelidik-terkenal\/\" rel=\"category tag\">Ahli Akademik\/Penyelidik Terkenal<\/a>, <a href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/category\/fakulti-sekolah\/\" rel=\"category tag\">Fakulti &amp; Sekolah<\/a>, <a href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/category\/hebahan\/\" rel=\"category tag\">Hebahan<\/a>, <a href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/category\/kolaborasi-dan-jaringan-industri-institusi\/\" rel=\"category tag\">Kolaborasi dan Jaringan Industri\/Institusi<\/a>, <a href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/category\/kejayaan-utm\/penyelidikan-pembangunan-projek-pengkomersilan-berimpak\/\" rel=\"category tag\">Penyelidikan &amp; Pembangunan\/Projek\/Pengkomersilan Berimpak<\/a>, <a href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/category\/fakulti-sekolah\/fakulti-kejuruteraan\/sekolah-kejuruteraan-kimia-dan-kejuruteraan-tenaga\/\" rel=\"category tag\">Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga<\/a><\/span> \/ By <span class=\"posted-by vcard author\"> <a class=\"url fn n\" title=\"View all posts by Hafizan Hamzah\" href=\"https:\/\/news.utm.my\/ms\/author\/hafizan\/\" rel=\"author\"> <span class=\"author-name\">Hafizan Hamzah<\/span> <\/a> <\/span> \/ <span class=\"posted-on\"><span class=\"published\"> Ogos 24, 2022<\/span><\/span> \/ <span class=\"ast-reading-time\">2 minutes of reading<\/span><\/div>\n<\/div>\n<\/header>\n<div class=\"entry-content clear\">\n<p><strong>JOHOR BAHRU, 22 Ogos<\/strong> \u2013 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jardin Pharma Berhad, sebuah syarikat farmaseutikal halal telah memilih untuk menjadi rakan strategik dengan menandatangani tiga perjanjian iaitu Memorandum Perjanjian (<em>Memorandum of Agreement<\/em>), Perjanjian Perlesenan Teknologi (<em>Technology Licensing Agreement<\/em>) dan Perjanjian Penyerahan Hak (<em>Assignment Agreement<\/em>).Kedua belah pihak telah menandatangani tiga perjanjian ini bagi membolehkan kedua-duanya menjadi rakan kolaborasi inovasi dan pengkomersilan.<\/p>\n<p>Majlis menandatangani perjanjian ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail bagi pihak universiti ini manakala Jardin Pharma pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin.<\/p>\n<p>Naib Canselor UTM dalam ucapannya berkata kepakaran pensyarah universiti ini telah digunakan sepenuhnya untuk projek penyelidikan bertajuk \u2018<em>Physicochemical, Biological, Charasteristic and Bioavailability Study of Liposomal Turmeric<\/em>\u2019. Projek penyelidikan yang menggunakan kunyit sebagai bahan asas alami untuk kajian dibiayai sepenuhnya oleh pihak Jardin Pharma, yang mana kajian ini bertujuan untuk melihat kestabilan bahan aktif pada kunyit ini dapat ditingkatkan melalui kaedah enkapsulasi liposom.<\/p>\n<p>\u201cPihak Jardin Pharma juga telah mengkomersilkan hasil penyelidikan UTM iaitu ubat batuk yang dihasilkan dari ekstrak buah nanas yang didaftarkan pada produk pelesenan harta intelek dengan nama \u2018<em>Natural Cough Syrup from Pineapple Fruit Extract incorporated with species and herbs<\/em>\u2019 dan juga membeli sebuah lagi harta intelek universiti iaitu \u2018<em>A Novel Polyherbal Formulation with High Anti-Inflammatory Activity<\/em>, katanya lagi.<\/p>\n<p>Kedua-dua produk ini telah dibangunkan oleh Dr. Harisun Ya\u2019akob yang merupakan pensyarah di Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga dan Felo Penyelidik di Institut Pembangunan Bio-Produk (IBD).<\/p>\n<p>\u201cMelalui pengkomersilan harta intelek ini, UTM bukan sahaja dapat berkongsi produk hasil penyelidikan universiti kepada industri dan masyarakat tetapi juga menjana pendapatan universiti seiring dengan agenda memperkasakan inovasi penyelidik UTM.<\/p>\n<p>\u201cMajlis menandatangani perjanjian ini juga adalah interpretasi kepada hubungan baik antara universiti dan industri yang diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak terutama daripada aspek penjanaan kewangan dan penghasilan inovasi berkualiti yang memiliki potensi nilai pasaran yang tinggi,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Turut hadir ke majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) ini adalah Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azurati Ahmad@Salleh, Pengarah IBDUTM, Prof. Dr. Hesham A. El Enshasy dan Pengurus Jardin Pharma Bhd, Rahman Baco.<\/p>\n<\/div>\n\n\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":25878,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-702","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/702","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25878"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=702"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/702\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":704,"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/702\/revisions\/704"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=702"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=702"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/harisun\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=702"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}