Monthly Archives: March 2020

C-19 message dari NC Day 6 WFH

Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera Warga UTM,

Seperti biasa, pertamanya sama-sama kita mendoakan semoga seluruh warga UTM, ahli keluarga kita, sahabat handai dan seluruh warga Malaysia dan lain-lain negara yang menghadapi ancaman C-19 terpelihara dari musibah dan berada dalam keadaan tenang, dan sentiasa berjaga-jaga, dan sentiasa ‘stay at home’. Hari ini hari ke 6, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan UTM sedang melaksanakan perintah ini.

  1. Team TF C-19, terutamanya team PKU, masih dalam keadaan ‘high alert’ menguruskan risiko C-19 di UTM.
  2. Kita mematuhi sepenuhnya SOP KKM. Setiap maklumat akan terus diambil tindakan segera. PKU dan PKD akan bekerjasama dalam membuat jejakan dengan pejabat Pendaftar. Setiap individu akan dihubungi, tanpa kita boleh mendedahkan identiti mereka secara terbuka.
  3. Saya perlu jelaskan kerana ada yang mengatakan pengurusan ‘merahsiakan’ maklumat. Team PKU kita bertugas seharian hingga malam menguruskan sesuatu kes untuk elakkan risiko kepada warga UTM.
  4. Mohon warga UTM mengikuti maklumat terbaru melalui email UTM.
  5. Pengurusan juga berbincang mengenai kaedah terbaik mempastikan ketika PKP dan Work From Home (WFH) ini operasi UTM tidak terhenti sepenuhnya.
  6. Ketua-ketua PTJ diminta mengatur dan menyelaras agihan tugas mengikut giliran dan keutamaan. Keutamaan kini mungkin berubah kerana kekangan pergerakan dan komunikasi.
  7. Ketika ini banyak tugas-tugas yang kita tidak dapat lakukan ketika sibuk di pejabat, boleh dilakukan. Contohnya membuat pengemaskinian maklumat, dokumen di tukar dalam bentuk digital, memperbaiki sistem-sistem, mengkaji keberkesanan/kecekapan SOP yang sedang digunakan. Ini adalah contoh aktiviti agar masa kita dipergunakan sebaiknya.
  8. Ketika ini juga masa terbaik menambah ilmu terutama ilmu berkaitan perlaksanaan tugas  dan boleh buat perkongsian/perbincangan ilmu melalui media digital.
  9. Ketua PTJ bertanggungjawab mengatur aktiviti berbeza ini secara lebih terperinci.
  10. Saya akan cuba mencari contoh-contoh aktiviti di PTJ untuk dikongsi bagi menafaat kita bersama. InsyaAllah.
  11. Warga UTM boleh juga memberi cadangan kepada PTJ masing-masing dan juga kepada pengurusan jika ada cadangan yang boleh dilaksanakan.

Sekian terimakasih

‘Stay where you are’

Wahid

36, TSPP

(Day 6 WFH)

MAKLUMAT TERKINI COVID-19

YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./Saudara,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Berikut dikongsikan maklumat tentang covid-19 serta garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain maklumat dari KKM, maklumat sahih juga boleh diperoleh dari portal World Health Organization (WHO): https://www.who.int/news-room/q-a-detail/q-a-coronaviruses.
 
Sekian, terima kasih.
 
Office of Corporate Affairs
Level 16, Menara Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
 
office +603 21805127 | fax +603 21805602
e-mail: corporate.kl@utm.my |  site: corporateaffairs.utm.my/kl