{"id":7244,"date":"2017-02-15T07:38:28","date_gmt":"2017-02-14T23:38:28","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/?p=7244"},"modified":"2017-09-13T07:38:44","modified_gmt":"2017-09-12T23:38:44","slug":"pamer-kehebatan-cipta-robot","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/pamer-kehebatan-cipta-robot\/","title":{"rendered":"Pamer kehebatan cipta robot"},"content":{"rendered":"<div class=\"node-meta clearfix\">\n<div class=\"author-wrapper\">\n<div class=\"author\">Nurul Husna Mahmud<\/div>\n<div class=\"author-email\">nurul_husna@hmetro.com.my<\/div>\n<\/div>\n<div>Sumber dari:\u00a0<a href=\"http:\/\/www1.hmetro.com.my\/node\/205231\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">http:\/\/www1.hmetro.com.my\/node\/205231<\/a><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"field field-name-body field-type-text-with-summary field-label-hidden\">\n<div class=\"field-items\">\n<div class=\"field-item even\">\n<p>Kem Musim Panas Robotik Drabot yang berlangsung lima minggu menagih komitmen tinggi apabila memerlukan 25 peserta berkampung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Pelajar sekolah seawal usia sembilan hingga 17 tahun meneroka potensi teknologi selaku pembina robot.<\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1406187945380-0\" class=\"ad-desktop\"><\/div>\n<p>Jika sebelum ini pertandingan peringkat sekolah lebih banyak mengenai teknologi robotik bersifat mainan seperti LEGO robot dan hanya menggunakan visual program, modul pembelajaran mahupun standard pertandingan.<\/p>\n<section id=\"block-hm-googledfp-mobile-mrec-300x250\" class=\"block block-hm-googledfp clearfix\">\n<div class=\"block-content\"><\/div>\n<\/section>\n<p>Namun, penghujung kem itu memerlukan peserta bekerjasama dengan unsur lebih realisik mahupun praktikal mengenai robot.<\/p>\n<p>Penganjurnya, Robotic Systems Enterprise mempunyai tanggapan penguasaan kemahiran pembinaan robot merangkumi bidang kejuruteraan robotik, elektronik, mekanikal, perisian kawalan, dan navigasi perlulah dititipkan seawal peringkat sekolah lagi kerana kemahiran itu jika dipelajari setelah menginjak universiti terlalu lewat.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutifnya Dafizal Derawi berkata, kesedaran serta dorongan itu perlu diasuh dalam kalangan generasi muda mengenai kemampuan mereka menjadi pembangun produk (developer) berbanding hanya pengguna semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cPeserta menunjukkan komitmen serta potensi yang sangat besar dalam bidang robotik sepanjang 24 hari berada dalam kem ini. Ada sesetengah peserta pada mulanya hadir mengisi masa lapang mula jatuh minat pada dunia robotik.<\/p>\n<p>\u201cSaya yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang robot udara kagum dengan prestasi peserta.<\/p>\n<p>\u201cPotensi mereka menerusi pertandingan enam kategori robot, terutama Robot Darat Automatik, Robot Air Automatik dan Robot Udara Multirotor melangkaui kemampuan pelajar sarjana muda kejuruteraan di pusat pengajian tinggi (IPT).<\/p>\n<p>\u201cKami hanya kongsikan ilmu teknologi robot termaju tetapi mereka mampu mengaplikasi terutama kemahiran menganalisis membabitkan kestabilan sistem dinamik dan tahu arah gerakannya (navigasi).<\/p>\n<p>\u201cKami mencabar mereka apabila mengetengahkan skil pembinaan robot daripada peringkat asas sehinggalah memasukkan algoritma tertentu menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C melalui Arduino platform sebagaimana pertandingan dianjurkan pada tahap universiti di Malaysia,\u201d katanya berharap tahun ini dapat melahirkan 100 jurutera muda robotik.<\/p>\n<p>Bagi peserta dari Kuala Lumpur, Hafiz Maznan meskipun pernah mengikuti pembelajaran pengaturcaraan dan perkakasan, ilmu diperolehi menerusi Kem Musim Panas Robotik Drabot jauh melangkaui apa pernah dipejarinya di sekolah.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini kami sangkakan kemahiran ada sudah memadai tetapi belajar dan menjadi sebahagian peserta kem ini, masih banyak perkara ketinggalan. Contohnya sambungan litar elektronik, meskipun belajar di sekolah secara praktikal apabila pekakasan gagal berfungsi, kami tidak tahu alternatif atau kaedah lain mengatasinya.<\/p>\n<p>\u201cBerbeza di sini kami belajar kenapa membuat sesuatu sambungan elektronik itu dan kami juga mampu untuk memeriksa litar elektronik jika menghadapi masalah kerana kami diajar lebih kepada kefahaman dan bukannya hafalan. Ini mendedahkan kami mengenai tanggungjawab sebagai pembina atau \u2018developer\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Peserta berusia 14 tahun, Danish Aiman Rozmi berkata dia melihat pengisian ditawarkan oleh penganjur berkaitan pengaturcaraan atau \u2018programming\u2019 sesuatu menghiburkan dan sesuatu bidang perlu terus diteroka.<\/p>\n<p>\u201cSaya memang berhasrat menjadi pengaturcara kerana melihat bidang itu cukup penting kepada teknologi. Atas tujuan itu saya hadir dalam kem robot ini.<\/p>\n<p>\u201cKesan langsung dapat dilihat apabila peserta mahupun kumpulan yang ada saling berentap untuk membuktikan \u2018programming\u2019 masing-masing. Apabila berdepan konflik mengenai robot mereka tidak lokek berkongsi \u2018input\u2019 dan saling bekerjasama.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya ia bukan sekadar ilmu semata-mata, sebaliknya kerjasama dan berkongsi skil dan ilmu menjadikan komuniti robot ini pada tahap lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak Fatimah Athiyah Mohamad Zaki, 11, tidak serik untuk menyertai program sedemikian meskipun menagih komitmen dan tumpuan tinggi.<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat gembira dapat mengikuti program ini. Banyak yang dapat dipelajari dan mudah difahami mengenai ilmu Robotik yang diajar. Fasilitator yang ada juga tidak lokek membantu jika tidak faham mengenai sesuatu perkara.<\/p>\n<p>\u201cDi samping itu, dapat ramai kawan baru. Kelas dianjurkan lebih interaktif menjadikan program ini lebih seronok. Jika berkesempatan berharap dapat sertai program sebegini lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p><b>PROFIL:<\/b><\/p>\n<p>Nama: Hafiz Maznan<\/p>\n<p>Umur: 15 tahun<\/p>\n<p>Asal: Kuala Lumpur<\/p>\n<p>Nama: Danish Aiman Rozmi<\/p>\n<p>Umur: 14 tahun<\/p>\n<p>Asal: Kuala Lumpur<\/p>\n<p>Nama: Farimah Athiyah Mohamad Zaki<\/p>\n<p>Umur: 11 tahun<\/p>\n<p>Asal: Kuala Lumpur<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my Sumber dari:\u00a0http:\/\/www1.hmetro.com.my\/node\/205231 Kem Musim Panas Robotik Drabot yang berlangsung lima minggu menagih komitmen tinggi apabila memerlukan 25 peserta berkampung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pelajar sekolah seawal usia sembilan hingga 17 tahun meneroka potensi teknologi selaku pembina robot. Jika sebelum ini pertandingan peringkat sekolah lebih banyak mengenai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":6477,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-7244","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utm-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7244","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/users\/6477"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7244"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7244\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7244"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7244"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/haslinasarkan\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7244"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}