Coretan – Project Management

Sedikit coretan berkaitan

  1. Kadang-kala dalam perancangan man/hour atau work/hour pastikan expect to the worst – dalam budget dan perancangan. Tidak semestinya jika orang lain boleh siap sebanyak itu dalam sehari, tidak bermakna pekerja you pun boleh buat. Jadi kene letak extra man/hour, jadi cost pun kene extra
  2. Dalam total perancangan budget, pastikan ada budget kecemasan – include dalam budget. Budget kecemasan tu pastikan selepas ambil kira untung – 10-15% margin kita. Then letak another amount. Jadi tidak lah kene pakai duit sendiri utk cover cost yang tetiba muncul semasa perlaksanaan projek
  3. Ada bezanya antara pekerja lantikan kontrak dengan pekerja sementara. Pekerja sementara ni kadang-kala boleh sesuka hati untuk quit semasa projek sedang berjalan jika dia tiba-tiba tak perform. Jadi dalam perancangan pekerja, pastikan ambil kira cost untuk lantikan pekerja lain semasa projek sedang berjalan pun diambil kira dalam budget.
  4. Jika client janji manis kata selepas tamat projek, akan segera dibayar. Jangan berharap 100%. Ni projek saya yg sedang berjalan. Closing dah pada awal November haritu. La ni dah bulan 12 pun masih tiada cerita
  5. Dalam perancangan budget, jangan offer rendah sangat, konon jika rendah pasti kita akan dapat. selalunya jika projek tu under rm20k, kadang-kadang company yang dah biasa dengan projek tak kan ambil projek bernilai tu, kerana tak ambil lebih UNTUNG daripada TAK AMBIL.

Sedikit coretan- daripada individu yang projek consultancy pertama dalam hidup adalah rugi. Pengalaman berharga yang boleh menjadi panduan untuk diri ni yang lagi 15 tahun nak pencen.