Aturcara Kod (Penyelesaian Masalah)

Sebagai pengaturcara kod, adalah penting untuk memantapkan asas teknik penyelesaian masalah. Ada pelbagai permasalahan dan penyelesaian yang boleh digunapakai mengikut kesesuaian persekitaran. Berikut merupalan enam perkara asas yang melibatkan aturcara bagi proses penyelesaian masalah antaranya ialah :

1. Memahami keperluan permasalahan
Memahami keperluan permasalahan dengan tepat dan efektif. Tahu apa yang hendak diselesaikan dari permasalahan tersebut.

2. Menganalisis masalah
Tiga perkara yang perlu dikenalpasti iaitu input kepada masalah, output yang akan dikeluarkan dan bagaimana proses yang hendak dilakukan bagi mendapatkan output daripada input.

3. Merekabentuk penyelesaian masalah
Penggunaan algoritma amat penting supaya kita dapat mengenal pasti sebarang kesilapan pada peringkat awal. Algoritma merupakan satu jujukan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi menghasilkan penyelesaian kepada sesuatu masalah, boleh diwakilkan dengan menggunakan samada psuedokod atau carta alir.

4. Melaksanakan penyelesaian
Boleh dibahagikan kepda beberapa langkah seperti pengkodan (coding), pengkompilan (compilation), pemautan (linking), perlaksanaan (run) dan nyahpijat (debung).

5. Pengujian dan pengesahan
Aturcara yang bebas daripada ralat perlu diuji dengan beberapa set input yang berlainan agar ianya mematuhi kehendak masalah yang hendak diselesaikan serta menghasilkan output yang betul.

6. Dokumentasi
Proses di mana kita menulis dan memberi penerangan tentang perkara seperti.