Mari membudayakan kitar semula. Barang terbuang boleh menjana pendapatan sampingan dan memelihara alam sekitar. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kaedah kitar semula boleh digunakan menerusi amalan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle.
1. Reduce (Kurangkan)
Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.
2. Reuse (Guna Semula)
Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat demikian penjanaan sisa dan pembuagannya dapat dikurangkan.
3. Recycle (Kitar Semula)
“Re” merujuk kepada “untuk melakukan sekali lagi” dan “cycle” merujuk “pusingan”. Oleh yang demikian, “Kitar Semula” merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan
12 thoughts on “Kitar Semula”