Berikut adalah langkah-langkah untuk melajukan laptop atau komputer setelah sekian lama digunakan
1. Disk Cleanup
Disk Cleanup boleh delete Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.
2. Defragmentation
Defragment adalah baik dan berkait dengan system fail dalam hard disk. Pergerakan read/write hard disk di kawasan-kawasan yang berlainan pada disk semasa mengakses fail yang fragment adalah lambat berbanding dari mengakses fail yang tiada masalahfragmentation.
3. Check for Malware & Viruses
Tiada apa yang akan memperlahankan laptop anda daripada virus atau beberapa malware. Sebaik sahaja hard disk anda telah dibersihkan, seterusnya jalankan perisian antivirus dan lakukan imbasan keselurah hard disk laptop. Jika ia mendapati apa-apa virus atau malware, terus buang.
4. Check Power Setting
Power setting zaman sekarang sangat hebat, kerana bukan sahaja ada kemampuan set bila laptop anda sleep dan wake up, tetapi boleh menetapkan berapa kuasa yang anda gunakan.
5. Upgrade SSD
SSD adalah media storage yang paling pantas pada masa ini, dengan 10 kali laju
berbanding tradisional media storage ‘hard disk’. Saiz kapasiti adalah lebih kecil
berbanding hard disk, tapi sangat laju.