Tips Laptop Atau Komputer Bebas Virus

Virus mudah menyerang komputer atau laptop sekiranya tidak mengambil langkah pencegahan. Cara mudah pencegahan virus komputer adalah dengan install perisian antivirus yang sentiasa dikemaskini. Namun begitu, masih ada cara lain lagi serangan virus ke komputer atau laptop. Bagi mengurangkan masalah virus, berikut adalah langkah-langkah asas yang boleh diikuti:-

1. Berwaspada dengan “download button” palsu
Ketika membuka download sites, sering terjadi munculnya “download button” palsu. Sama ada di website yang dipercayai atau tidak, akan dijamin terdapat butang download untuk ditekan tapi bukan pada benda yang ingin anda klik.

2. Guna Secure Browser
Gunakan browser yang sentiada dikemaskini dan dan jangan lupa untuk lihat nama website tersebut adalah betul. Jika ianya mencurigakan padam atau tutup terus website tersebut.

3. Abaikan iklan Pop-Up Bertema Keselamatan (Security)
Jika keluar iklan security yang bukan dari perisian anda, terus abaikannya. Perkara yang buruk akan berlaku pada komputer anda, sekiranya komputer tersebut tidak mempunyai antivirus. Kemungkinan besar untuk dijangkiti virus lebih tinggi.

4. Buka Link Atau Download Fail Dipercayai Sahaja
Elak melawat laman web yang diragui atau muat turun (download) fail yang tidak sah (illegal). Ini kerana peluang untuk dijangkiti oleh virus atau malware adalah tinggi.

5. Lakukan Imbasan Pada External
Jika ada external drive bersambung dengan komputer atau laptop, sebagai contoh USB, pastikan anda membiarkan perisian anti-virus komputer melakukan imbasan pada USB tersebut.