Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan Rumah Hijau Ini Berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu, pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan “cloroflourocarbon” (CFC) juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

Cara untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar. Akhir sekali, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran yang berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kempen 3R (reduced, reused, recycled).

Pautan Sumber

Loading comments...