Tips Melancong & Bercuti

Bulan Disember adalah bulan penghujung tahun yang pastinya ramai yang bercuti dan melancong samada di dalam dan luar negara. Bercuti atau melancong banyak kebaikan yang diperoleh, lebih-lebih lagi bercuti bersama keluarga tercinta. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, menghilangkan stress dan macam-macam lagi. Akan tetapi sebelum bercuti atau melancong, perlu sediakan perancangan dan tips agar semuanya berjalan dengan lancar. Berikut adalah tips-tips yang boleh dijadikan panduan.

1. Rancang awal
Perancangan awal sebelum bercuti sangat penting. Memilih tempat destinasi percutian, merancang aktiviti percutian, mencari tempat menginap, menetapkan tarikh percutian dan lain-lain lagi.

2. Pilih tempat percutian
Berbincang bersama keluarga tempat dan lokasi percutian yang bersesuaian dan mengikut kemampuan.

3. Kaji tempat percutian
Setelah memilih tempat percutian, kaji sebanyak mungkin tempat-tempat yang menarik yang berdekatan. Digalakkan mencari kawasan berdekatan dengan tempat percutian untuk menjimatkan kos belanja.

4. Urus Bajet
Pastikan bajet yang disediakan mencukupi. Elakkan berhutang dan terlebih bajet. Rancang awal sekiranya ingin berkunjung ke tempat-tempat yang menarik berdekatan tempat percutian yang melibatkan bayaran. Semua kos perlu diambil kira untuk memudahkan pengurusan bajet cuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *