Perbankan dalam talian sering digunakan oleh pengguna internet pada masa kini. Ia mudah untuk membuat pembayaran, memindahkan wang dan menjimatkan masa. Hampir semua bank menawarkan perkhidmatan perbankan talian. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna perlu mematuhi beberapa langkah keselamatan utama berkaitan perbankan dalam talian.
1. Sentiasa Pantau Akaun
Semak secara kerap pergerakan keluar masuk transaksi untuk mengelakkan transaksi yang mencurigakan
2. Jangan Klik Laman Akaun Melalui Email
Elakkan klik pautan laman web melalui emel kerana dikhuatiri mengakses ke laman web yang palsu
3. Guna Kombinasi Password Kuat dan Ditukar Selalu
Guna password yang mempunya kombinasi katalaluan yang kuat contoh gabungan huruf besar dan kecil, simbol special dan angka
4. Akses akaun dari talian selamat
Sentiasa berwaspada atau elakkan menggunakan WIfi atau talian internet awam ketika melayari laman web bank
5. Perlindungan Antivirus
Sentiasa mengemaskini perisian antivirus
6. Pastikan Encryption talian
Ketika melayari laman web bank, pastikan URL laman tersebut bermula dengan ‘https’
7. Selalu Log Out Selepas Urusan
Sentiasa log keluar setelah selesai transaksi talian perbankan
8. Perkhidmatan notifikasi mencurigakan
Sentiasa pantau notifikasi email atau SMS yang dihantar oleh pihak bank
9. Tetapkan jumlah had transaksi sehari
Tetapkan jumlah had transaksi untuk sehari bagi mengelakkan pemindahan wang yang tidak sah
10. Elakkan kehilangan handphone
Kebanyakan pengguna menyimpan maklumat perbankan di handphone. Oleh itu elakkan kehilangan handphone bagi mengelakkan kecurian maklumat