Setiap hari kita menggunakan banyak aplikasi mobile untuk pelbagai tujuan. Secara am, aplikasi ini terbagi kepada tiga kategori iaitu Native, Hybrid dan Web. Pada masa kini, kebanyakan mobile beroperasi dengan menggunakan platform sama ada Android, iOS atau Windows.
1. Native
Aplikasi native adalah aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan bahasa program dan platform yang tertentu. Contoh bahasa yang sering digunakan adalah Object-C atau Swift untuk platform iOS (Apple). Juga ada yang menggunakan bahasa Java untuk platform Android. Aplikasi native yang dibangunkan untuk iOS tidak berfungsi di Android dan juga sebaliknya.
2. Hybrid
Aplikasi hybrid adalah aplikasi web yang ditransformasi kepada kod native pada platform seperti iOS atau Android. Beberapa tools untuk membina aplikasi hybrid antaranya ialah Phonegap, Rubymotion dan lain-lain. Aplikasi hybrid membantu membina aplikasi dengan cepat.
3. Web
Aplikasi web boleh menjagi pilihan terbaik untuk membangunkan produk yang diinginkan. Aplikasi web menjadi pilihan kerana mudah dan murah dari segi budget. Akan tetapi aplikasi web tidak boleh dimasukkan ke App Store atau Google Play