Pada zaman kini, pengguna Internet semakin bertambah dan penggunaannya semakin meluas. Ada baik dan buruknya kemudahan teknologi internet. Ia bergantung kepada niat dan tujuan pengguna. Berikut dibawah merupakan tips mengawal penyalahgunaan internet :-
1) Ibu bapa
– Hadkan penggunaan internet
– Sentiasa peka dan pantau penggunaan internet kanak-kanak
– Memberi ajaran moral atau ajaran agama kepada anak-anak
– Menukarkan setting di laman web google atau internet explorer kepada “parental control”
– Mengehadkan laman web yang boleh dilayari oleh anak-anak yang bawah umur.
2) Pihak sekolah
– Membuat pemantauan
– Menyekat laman web yang tidak sesuai dilayari
– Memberikan pengajaran nilai-nilai murni atau mata pelajaran yang berkaitan dengan pengajaran moral, seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam
– Mengadakan ceramah motivasi yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet.
3) Pihak kerajaan
– Penguatkuasaan undang-undang berkaitan yang mapan dan jitu
– Giat megadakan kempen kesedaran penyalahgunaan internet
– Menerapkan pendedahan kepada masyarakat tentang hukuman penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah komputer 1997 dan akta multimedia 1998
4) Individu
– Bijak mengurus masa melayari internet
– Menjaga batas diri dan tidak keterlaluan
– Sentiasa rasional dalam melayari internet