PENYELESAIAN KONFLIK KOLOBORATIF

Kolaboratif

a. Definisi

Kolaboratif, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, membawa maksud erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih. Kolaboratif, merujuk kepada tindakan serta perbuatan yang positif yang menjurus ke arah mencapai matlamat yang baik bagi semua pihak yang terlibat. Sebagai contoh hubungan kolaboratif antara jawatankuasa perwakilan kolej mahasiswa dan majlis perwakilan pelajar untuk mencapai memperkasakan suara pelajar dalam memperjuangkan kebajikan pelajar.


b. Kepentingan kolaboratif dalam pengurusan konflik
Pendekatan kolaboratif dalam pengurusan konflik memberi ruang dan peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk bertemu dan membincangkan konflik yang dihadapi serta mencari titik persetujuan ke arah penyelesaian konflik tersebut. Penyelesaian suatu konflik melalui pendekatan kolaboratif menggalakkan kerjasama serta memupuku kerja berpasukan. Peluang penglibatan yang terbuka memberi pemerkasaan kepada semua pihak untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi idea dalam mencari penyelesaian kepada konflik yang berlaku. Mereka boleh memanfaatkan kekuatan dan kepakaran kolektif mereka untuk mencapai matlamat bersama dengan lebih cekap.


c. Langkah-langkah Kolaboratif
Pelbagai cara boleh digunapakai untuk menggalakan sifat kolaboratif dalam penyelesaian konflik. Namun begitu, enam aspek berikut yang merangkum satu proses dalam pendekatan kolaboratif bagi menyelesaikan konflik. Aspek-aspek ini boleh digunapakai dalam membantu mencapai penyelesaian konflik yang formal dan tidak formal.
1. Membina kepemimpinan pemudah cara
Sebagai permulaan kepada pengurusan konflik, seorang atau sekumpulan pemimpin perlu dipilih atau ditentukan bagi memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu mengendalikan proses penyelesaian konflik. Pemudah cara yang dipilih mestilah mendapat persetujuan semua dan tidak berat kepada mana-mana pihak. Pemudah car aini berperanan membantu perundingan, mencari titik tengah dan penyelesaian terbaik yang dipersetujui semua.
2. Dialog bersemuka
Perbincangan kearah penyelesaian konflik sebaiknya dibuat secara bersemuka. Perbincangan secara bersemuka dapat bantu memecahkan stereotype dan kekangan komunikasi yang wujud dalam mengenalpasti pasti keuntungan bersama.
3. Membina kepercayaan
Konflik timbul bila ketidakpercayaan dalam kalangan pihak yang terlibat menjadi salah satu punca. Maka, membina kepercayaan sesama pihak yang terlibat akan membantu dan mempercepatkan proses penyelesaian konflik.
4. Komitmen kepada proses
Komitmen semua pihak dalam penyelesaian konflik akan membantu mencapai penyelesaian yang berkualiti dan terbaik. Semua pihak perlu melibatkan diri dengan bersungguh agar tidak ada perspektif yang diabaikan bagi membentuk penyelesaian konflik.
5. Persefahaman
Pihak yang terlibat perlu maklum dan faham punca konflik serta tujuan dan kepentingan menyelesaikannya. Persefahaman kepada keperluan pihak yang terlibat serta juga penting bagi mendapatkan penyelesaian yang dapat membantu serta memuaskan hati semua pihak.
6. Keberhasilan
Hasil kepada penyelesaian konflik terdapat dalam dua bentuk iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Penyelesaian jangka pendek dapat meredakan keadaan serta menamatkan konflik dan memberi ruang kepada pelaksanaan penyelesaian jangka panjang. Penyelesaian jangka panjang membantu mengeluarkan konflik tersebut berulang dan sekiranya berulang dapat diselesaikan segera.


d. Kajian kes atau situasi sebenar

Situasi konflik terjadi akibat ketiadaan persefahaman atau kepincangan komunikasi antara satu sama lain. Misalnya, pengurusan Minggu Mesra Mahasiswa (3M) oleh para pelajar yang melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar, kru dan staf UTM. Ada situasi dimana akan timbul masalah yang menyebabkan konflik dalam mencari penyelesaian. Konflik ini berpunca daripada perbezaan persefahaman dan perspektif pihak yang terlibat. Penyelesaian dapat dicapai segera, sekiranya semua pihak menggunakan pendekatan kolaboratif.


e. Rujukan
1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat
2. Kolaboratif Atau Kolaborasi?
https://klikweb.dbp.my/?p=17834
3. Gaya Pengurusan Konflik Guru Dalam Kalangan Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru Lokman Bin Mohd Tahir & Normah Binti Abd Kadir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://core.ac.uk/download/pdf/11787313.pdf
4. Peranan Latihan Penyelesaian Konflik dalam Membina Pasukan yang Lebih Kuat https://www.leaderonomics.com/ms/articles/perkembangan-peribadi/peranan-latihan-penyelesaian-konflik-dalam-membina-pasukan-yang-lebih-kuat
5. The Design and Implementation of Cross-Sector Collaborations: Propositions from the Literature https://www.researchgate.net/publication/227601964_The_Design_and_Implementation_of_Cross-Sector_Collaborations_Propositions_from_the_Literature
6. Collaborative Governance in Theory and Practice
https://academic.oup.com/jpart/article/18/4/543/1090370?login=true





Rezeki

Puisi kedua nukilan diri ini. Saja nak meluah perasaan pada ketika itu. Jarang sekali nak berlaku. Bila ada ilham dan panggilan, saya cuba karang semampu boleh. Sekali lagi, sahabat baik saya, Adib Haron menjadi tukang semak lenggok bahasa.

Nak menang bukan senang sebarang,
Mungkin kecil sangat sampai terlepas pandang,
Burung pun boleh salah sarang.

Meminta dulu titis air mata yang berjuang,
Mencuba keteguhan hati tuan penjaga baru empunya sarang.

Berkat kesabaran dan semangat yang tak pernah hilang,
Burung terbang jua bertandang ke rumah yang ku sayang,
Setelah bertahun berjuang.

Ayuh saudara ku teruskan berjuang,
Kekalkan burung yang berkunjung datang.

Dengan izin Tuhan,
Kali ini kita menang,
Pastikan burung takkan salah sarang.

Yang benar,
Hemnaarth Tanakaran

Kenangan oh kenangan

Terimalah puisi pertama yang saya nukilkan suatu ketika dahulu. Tidak lupa bantuan sahabat baik saya, Adib Haron dalam mencantikkan puisi ini.

Istana dibina indahnya ku puas.
Menteri-menteriku menabur budi sepenuh raga.
Hutangnya budi ku pinta dibalas Yang Esa.

Kini ku naik saksi istana itu dilanda retak seribu.
Rajanya sibuk menanam tebu.
Menterinya tersepit di sini di situ.

Ada yang riak mendabik dada,
Kerja tak seberapa.
Ada yang senyap seribu bahasa,
Kerja entah jadi ke mana.

Ada yang berusaha sedaya tidak terkira.
Meneruskan juang tanpa lelahan dan alasan.
Ku bangga tidaklah pula mendada.
Bukan asyik menabur kisah lama.

Harapan itu terbukti masih ada.
Semoga terus tabah dipermudah segalanya.
Semoga istana itu terus berdiri gagah.
Dari jauh ku hanya mampu mengutus doa.
Dengan kenangan yang terbuku tebal di dada.

Yang benar,
Hemnaarth Tanakaran

Hello world!

Greetings all!!!

I am newbie at People@UTM. This is my very first post. I am just going to write about random stuff here with a personal touch. Atleast, that’s he plan for start. Firstly, I would like to acknowledge Abg Faisal and En KAI in indirectly helping me to discover this paltform. I was oblivious about the existence and the way it functions.  Hope I can write here often and hopefully it would be of your interest. Your support is highly appreciated and please do feel free to leave comments for futher improvements in future. Lastly, my postings will be in both English and Malay, whichever that I am in mood of using during the time of writing. Enjoy!

Yours truly,
Hemnaarth Tanakaran