Berada di Fes, Morocco di atas urusan kerja.
Berkesempatan menghadiri zawiyyah Prof. Idris al-Fasi al-Fihri di Fes yang diadakan selepas asar setiap Jumaat. Biasanya diadakan sesi bacaan kitab Shifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa karya Qadi ‘Iyad.
Al-Zawiyyah al-Fasiyyah diasaskan oleh Shaykh Abu Zayd Abdul Rahman al-Arif bin Abi al-Muhasin Yusuf al-Fasi al-Fihri (awal kurun ke-17), kemudian dibangunkan oleh anak saudaranya, Shaykh al-Islam Abdul Qadir al-Fasi (m. 1680).
Hari ini zawiyyah tersebut terus diberkati dan disambung oleh Prof. Idris al-Fasi. Berbesar hati dapat menyambung silaturrahim dengan beliau setelah bertemu beliau di KL pada Festival Turath Islami yang lalu.
Zawiyyah adalah tempat majlis ilmu atau zikir diadakan. Ia sama seperti pondok. Di situ juga ada asrama pelajar dan rumah guru yang berdekatan. Maqam Shaykh al-Islam Abdul Qadir al-Fasi berada di dalam zawiyyah itu. Setiap zawiyyah, rumah dan bangunan di Morocco sudah pasti ada air pancut dan aliran udara yang mesra alam.
Seni bina yang cantik dan unik dengan ukiran kayu dan jubin seramik berwarna-warni berbentuk geometri rumit.
Teringat dengan hasil seni bina halus dan gagasan institusi ilmu cemerlang yang telah dibina oleh Almarhum Prof. SMNA, berperanan seperti pondok moden di peringkat tinggi, yang dibina bertujuan besar dan murni menjadi pusat ilmu yang serius membincangkan ilmu dan gagasan besar.
Bersilaturrahim juga dengan beberapa pelajar Malaysia, Singapura , dan Indonesia yang hadir ke Zawiyyah itu