Goodbye 2018, Welcome 2019

Assalamualaikum WBT,

Selamat Tinggal 2018. 

Dengan bermulanya Januari 2019, maka berakhirlah tahun 2018. Terima kasih tahun 2018 yang penuh bermakna, penuh ceria dan tahun yang tak akan dilupakan malah akan sentiasa dikenang di dalam kotak ingatan. Kalau nak diceritakan apa yang berlaku dari awal tahun 2018 sehingga akhir tahun 2018, maka tidak akan cukup entry ni. Sedikit kesimpulan untuk tahun 2018 adalah tahun yang mengajar diri menjadi lebih matang dan lebih dewasa dari semua segi. Semoga kita akan bawa benda yang baik-baik sahaja untuk tahun-tahun akan datang tanpa melupakan tahun-tahun yang sudah berlalu.

Selamat Datang 2019.

1 Januari 2019. Titik permulaan bermulanya tahun baru, azam baru, harapan baru, dan cerita baru. Bab 1 daripada 365. Semua azam yang tidak tercapai tahun-tahun lepas, semoga akan dapat direalisasikan dan dicapai pada tahun 2019. Azam untuk tahun ini, adalah untuk memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling dan sentiasa berusaha untuk ke jalan yang diredhai Allah. Amin.

Akhir kata, Goodbye 2018 and Welcome 2019. Perjalanan harus diteruskan walau tahun berlalu. Tanggungjawab penting yang tak boleh ditinggalkan selagi belum cukup masa. Hari-hari bangun pagi tak lupa berdoa dan berharap agar Allah bagi kekuatan mental dan fizikal serta sematkan kecekalan dalam hati supaya pergi kerja boleh laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin demi mencari sesuap nasi. Semoga setiap langkah perjalanan kita sentiasa dalam jalan Allah 🙂

Yang mencoret,

INZ