Archives for July 29, 2024

UTM-KTP RIG: Taklimat pengumpulan minyak masak terpakai

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU DI FELDA BUKIT APING TIMUR UNTUK PERMOHONAN DANA UTM KTP- RIG 2024 : KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME – RESEARCH INNOVATION GRANT

Susulan perjumpaan pertama pada 21 Februari 2024 di FELDA BUKIT APING TIMUR, satu program taklimat mengenai pengumpulan minyak masak terpakai secara berpusat telah diadakan pada 29 Jun 2024. Taklimat ini dikendalikan oleh Ketua Sub Projek, Ir. Dr. Jamarosliza Jamaluddin.

Selain itu, taklimat turut disampaikan oleh Mr. Jeremy dari Ecobiodexsel Sdn. Bhd. Pihak Ecobiodexsel telah menyumbang tiga tong penyimpanan untuk minyak masak terpakai kepada pusat pengumpulan yang terletak di Bilik Gerakan Persatuan Wanita Felda Bukit Aping. Ecobiodexsel juga merupakan syarikat pembeli minyak masak terpakai yang dikumpul.

Ketua daripada dua sub projek lain, iaitu PM Ir. Dr. Nadia Adrus dan PM Dr. Hasrinah Hasbullah, turut memberikan taklimat pengenalan mengenai projek masing-masing.

Diharapkan projek ini dapat memberikan manfaat yang signifikan kepada komuniti setempat.