KERAKED’16

Kembara Razak ke Desa 2016 (KERAKED’16) berlangsung selama 3 hari iaitu 17/11 hingga 19/11 di kpg Pok, Gelang Patah. Program ini merupakan sebuah program khidmat masyarakat berimpak tinggi yang berkonsepkan anak angkat dengan tujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat khususnya orang kampung.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya masyarakat Kg. Pok kerana menjayakan program KERAKED’16 dan terima kasih juga diucapkan kepada Tn Hj Khairi bin A. Malik kerana sudi merasmikan KERAKED’16.