Archives for July 2020

Book Review 1 : Pelukis Jalanan

Book Review 1 : Pelukis Jalanan
Author: Teme Abdullah

***Spoiler ahead***

Teme ni kawan yang kenalkan. Sebab dia bersungguh-sungguh duk bercerita pasal author ni jadi saya decide, hurmm..boleh cuba baca lah. Alang-alang belajar pun dah habis ni. Tapi nak cari buku ni 2,3 kali pergi MPH barula jumpa. Lepas tu fikir, buku ni sangat bagus, mungkin orang lain perlu baca jugak. So i decided to buat book review.

Awal-awal tengok cover dia dah interesting dah. Tengokla gambar tu. Menarik kan. Bukak 1st page die tulis “ia kekal dongeng jika engkau tidak mula berjalan”. Makin intrigued. Saya beli cetakan ke 12 weh. Korang rasa??

Cerita ni pasal author sendiri. Macam mana dia decide nak bangkit dari kegagalan dia, macam mana dia pergi belajar oversea tanpa scholarship. Sanggup kerja macam2 untuk bayar yuran.

Tahu tak die decide nak p oversea tu lagi 3 hari nak fly?
Tahu tak yuran belajar die RM80k/year. Dan dia bayar guna duit sendiri. Mana dia dapat duit, korang baca sendiri. Tapi masa register tu die cuma bayar separuh je dulu.

Dah dekat sana macam2 kerja dia buat. Kerja fast food, busking..nasib baik berbakat Teme ni. Tapi walaupun busking dapat banyak sikit duit, dia rasa macam tak best sebab lirik lagu tu dia tak dapat tapis. Takut lagha.

I loved how Teme buat cerita ni interesting dan die selit dengan elemen-elemen islam. On how dia tekankan kepada makna sebenar bahagia, tawakkal dan erti bersyukur. Dan sebab dia cerita dari pengalaman dia, maka cerita ni memang masuk ke hati. Nangis weh time die bagi food walaupun dia dah imagine macam mana nak makan ayam tu ??.

Long story short, buku ni very much recommended dekat mana-mana students yang rasa payahnya belajar tu. Ha tengok Teme ni macam mana. Jangan fikir korang je susah ??. And recommended jugak to all. Banyak yang kita boleh belajar dari buku ni. So please, please, please read!!!!

Rating: 9/10
Best Quote: “sungguh, bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi daripada penghargaan pada sekecil-kecil kurniaan yang Allah beri pada kita. Dalam keperitan akan ada diselitkan kebahagiaan sekali sekala”.

P/s: buku ni ada 4 siri tau. So kena habiskan semua. Nnt kite review lagi.

#PelukisJalanan
#SiriJalanan
#BookReview